awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cabul wanita Perancis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/07/2023
05:00 MYT
Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cabul wanita Perancis
Muhammad Akhtar dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis Isnin lalu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis, Isnin lalu.
Tertuduh, Muhammad Akhtar Ramzan, 28 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret S Punitha.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita Perancis yang berusia 23 tahun.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hostel di Medan Kidd, di sini, kira-kira jam 11 malam, 17 Julai lalu.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 17 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes tetapi tidak menawarkan jaminan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam R Rajasegaran.
Topic Berkaitan
#cabul
#kes cabul pelancong
#warga Pakistan
#warga Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan