awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFC mula ‘masuk’ FAM Selasa ini
3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat November 2025 - Wong
Perkemas pengurusan tanah perkuburan Islam demi kelestarian tanah wakaf - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Warisan kita mesti terus hidup" - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
31/01/2026
03:00 MYT
"Warisan kita mesti terus hidup" - PM Anwar
Menurut Anwar, kerajaan mengambil pendekatan strategik untuk menghidupkan semula tapak warisan utama di Kuala Lumpur sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar berasaskan budaya.
KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di bawah inisiatif Warisan KL bukan sekadar untuk mengulang nostalgia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, ia merupakan sebahagian daripada ikhtiar kerajaan untuk memastikan sejarah terus hidup, difahami dan dapat dijadikan pedoman untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.
Menurut Anwar, kerajaan mengambil pendekatan strategik untuk menghidupkan semula tapak warisan utama di Kuala Lumpur sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar berasaskan budaya.
“Warisan tidak dilihat sebagai beban masa lalu, tetapi sebagai aset strategik yang mampu menjana pelancongan, menggerakkan industri kreatif, membuka peluang pekerjaan dan mengukuhkan ekosistem perniagaan tempatan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, pada Sabtu.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli untuk memyempurnakan detik bersejarah tersebut di hadapan barisan ahli Jemaah Menteri, pegawai kanan pentadbiran dan wakil syarikat-syarikat korporat.
Warisan KL ialah inisiatif nasional untuk menghidupkan semula kawasan bersejarah di pusat bandar Kuala Lumpur melalui pemuliharaan bangunan ikonik, pembangunan semula kawasan budaya dan pengaktifan ruang awam bagi merancakkan industri kreatif serta pelancongan.
Inisiatif tersebut merangkumi zon-zon penting seperti Carcosa, Seri Negara, Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS), Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Kompleks Dayabumi.
Di bawah program tersebut, kerajaan melalui Khazanah Nasional melaksanakan pemuliharaan besar melibatkan Carcosa dan Seri Negara yang dipulihkan sebagai ruang budaya dan galeri sejarah,
Selain itu, kesemua enam blok Bangunan Sultan Abdul Samad menjalani pemuliharaan menyeluruh untuk memelihara seni bina kolonial dan memperkenalkan pameran baharu mengenai sejarah Kuala Lumpur.
Sebanyak RM600 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan 2026, yang disalurkan melalui Khazanah sebagai pelaburan strategik untuk memelihara warisan negara, memacu industri kreatif dan menyokong persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi antara manifestasi awal yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.
“Namun, pemuliharaan tidak boleh berhenti pada struktur semata-mata. Bangunan warisan mesti dihidupkan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini akan menempatkan Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, yang menelusuri perjalanan bangunan ini dan ibu kota Kuala Lumpur melalui lima ruang bertema merentasi tiga abad sejarah.
"Di samping itu, Galeri Royal Selangor akan mempamerkan seni kraf piuter sebagai cerminan legasi ekonomi, kreativiti dan daya usaha masyarakat Kuala Lumpur yang lahir daripada sejarah perlombongan bijih timah,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, beliau yakin Bangunan Sultan Abdul Samad dan keseluruhan kompleks bersejarah ini akan terus menjadi cerminan identiti negara.
Kata Anwar, identiti yang dimaksudkan adalah sebagai sebuah negara yang maju dan progresif, namun tidak terputus daripada akar sejarahnya; membangun bukan sahaja dengan kekuatan ekonomi, tetapi dengan jiwa, nilai dan kemanusiaan.
“Kita harus memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus hidup sebagai ruang yang mendidik, menyatukan dan memberi inspirasi - bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan pewaris kita pada masa hadapan,” tegas Perdana Menteri lagi.
Topic Berkaitan
#warisan KL
#Bangunan Sultan Abdul Samad
#bangunan bersejarah
#PM Anwar Ibrahim
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan