LABUAN: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Mohd Shafie mengesahkan bahawa perbincangan telah diadakan antara beliau, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin namun tiada keputusan rasmi dibuat oleh majlis tertinggi kedua-dua parti setakat ini berhubung kerjasama itu.
"Kita perlu mengakui bahawa sehingga kini, tiada keputusan telah dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Warisan mengenai kerjasama ini.
"Bagaimanapun, saya telah mengadakan perbincangan bukan sahaja bersama Presiden UMNO tetapi juga Datuk Seri Bung Mokhtar dengan harapan kerjasama seperti ini menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Ramadan Sabah-Labuan di Desa Tunas Hijau hari ini.
Beliau juga berkata potensi kerjasama itu bukan satu isu yang menjadi pertikaian dalam kalangan kepimpinan dan akar umbi Warisan.
"Kami optimis parti Warisan akan mengekalkan kekuatan di Sabah seperti kejayaan kami sebelum ini yang memenangi 29 kerusi dan meraih sebahagian besar undi," katanya.
Mohd Shafie berkata parti itu juga bersikap terbuka dengan membenarkan ahlinya menghadiri acara politik UMNO tanpa sebarang sekatan.
"Saya menggalakkan ahli-ahli kami untuk menghadiri acara UMNO jika dijemput sepertimana kami mengalu-alukan kehadiran pemimpin UMNO ke acara kami," katanya.
Beliau juga berkata berdasarkan sejarah politik Sabah, parti yang memerintah sebelum ini seperti Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) serta Parti Bersatu Sabah (PBS) bergerak tanpa gabungan dan menyifatkan kerjasama antara Warisan dan UMNO bukanlah 'satu cabaran yang tidak dapat diatasi.'
"Ini hanya satu keperluan. Jika kedua-dua pihak perlu menjalin kerjasama, ia bukan satu masalah," katanya.
Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan walaupun tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri sekarang adalah pada Oktober 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Mohd Shafie mengesahkan bahawa perbincangan telah diadakan antara beliau, Ahmad Zahid dan Bung Moktar. - Gambar fail
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.
PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.