ALOR SETAR: Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan ancaman ular berbisa ketika melakukan pembersihan kawasan rumah dalam tempoh fenomena cuaca panas yang sedang melanda negeri pada masa ini.
Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA), Kol (PA) Fazlisyah Muslim berkata cuaca panas melampau menyebabkan reptilia berbisa seperti ular mencari tempat perlindungan baharu yang lebih sejuk dan gelap termasuk di kawasan kediaman.
"Ancaman ular begitu tinggi pada waktu panas, banyak kes kita terima ... jadi, nasihat saya agar penduduk lebih berhati-hati ketika mengemas atau mencuci kawasan rumah seperti di stor, tandas, bilik dan dapur menjelang perayaan (Tahun Baharu Cina) ini.
“Kebanyakan kes ancaman ini bukan sahaja berlaku di kampung atau pedalaman, tetapi banyak juga diterima di kawasan pekan, bandar yang banyak taman perumahan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak bertindak sendiri menangkap haiwan berbisa, sebaliknya menghubungi APM atau pihak berkaitan.
“Adalah lebih baik periksa terlebih dahulu kawasan tersorok dan gelap dengan kayu, jolok-jolok dulu untuk memastikan tiada ular bersembunyi .... Elakkan membersih rumah secara bersendirian. Dalam keadaan kecemasan, orang lain yang berada bersama kita boleh menjadi penting untuk maklum balas yang cepat dan memastikan sebarang insiden ditangani dengan segera dan cekap,” katanya.
Fazlisyah berkata statistik menunjukkan APM telah mengendalikan sebanyak 104,859 kes tangkapan ular di seluruh negara pada tahun lepas dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 16,160 kes, diikuti Johor (11,163), Perak (11,093), Kelantan (9,788) dan Kedah (8,067).
Beliau berkata, bagi Januari tahun ini sahaja, APM sudah merekodkan 10,296 kes tangkapan ular di seluruh negara, kebanyakannya membabitkan ular sawa batik, tedung selar dan ular senduk.
Fazlisyah berkata. bagi Kedah, ular lebih kerap ditemukan dan ditangkap di kawasan bandar dengan Alor Setar mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,478 kes, Kuala Muda (1,294), Kulim (1,032), Kubang Pasu (941) dan Baling (645).
Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, musim kemarau semasa dijangka berterusan dalam beberapa hari lagi dan cuaca kering serta panas diramalkan di negeri utara Semenanjung, dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.
Sementara itu, Fazlisyah memberi jaminan bahawa APM bersedia untuk bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan bagi membantu orang awam sepanjang musim perayaan.
"Kami jangka peningkatan trafik dan kemasukan penduduk bertambah ... kami telah buat semua persiapan untuk membantu orang ramai. Saya juga telah mengerahkan pegawai untuk menjalankan operasi pemantauan di kawasan yang terdedah kepada apa-apa kecemasan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil,” katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Fazlisyah berkata,, cuaca panas melampau menyebabkan reptilia berbisa seperti ular mencari tempat perlindungan baharu yang lebih sejuk dan gelap termasuk di kawasan kediaman. - Gambar hiasan/Unsplash
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di tujuh negeri hingga Rabu
MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.
Beberapa kawasan di 11 negeri diramal alami hujan lebat, angin kencang petang ini
Beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Tumpat, Pasir Mas dan Bachok masih terjejas banjir
Portal Info Bencana JKM pagi ini melaporkan, sebanyak 87 PPS dibuka kepada 34,672 mangsa membabitkan 11,041 keluarga di Kelantan.