NILAI: Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika melalui tiga lokasi 'blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di Negeri Sembilan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abd Khalid Othman berkata lokasi tersebut ialah Jalan Port Dickson-Lubuk China, Jalan Seremban-Kuala Klawang-Simpang Pertang (Jelebu) dan Kuala Pilah-Jalan Seremban.
Beliau berkata bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, jumlah kenderaan memasuki negeri ini dijangka meningkat sekali gus akan menyebabkan kesesakan luar biasa.
"Statistik perbandingan Operasi Selamat pada 2022 dan tahun lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 307 kes kemalangan jalan raya dengan peratusan 54.4 peratus.
"Jadi, semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan anggota penguat kuasa bertugas sepanjang tempoh musim perayaan ini," katanya pada sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Nilai di sini hari ini.
Selain itu, Abd Khalid berkata antara lokasi laluan hotspot dijangka mengalami kesesakan dijangka berlaku di beberapa tempat di semua daerah negeri ini terutamanya enam lokasi di Seremban, Port Dickson dan Nilai (tiga), dua lokasi di Tampin dan Rembau dan satu lokasi di Kuala Pilah, Jempol, dan Jelebu.
Abd Khalid berkata bersempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen negeri melaksanakan Op Selamat selama enam bermula 8 Feb-13 Feb dengan kekuatan 309 pegawai dan anggota.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abd Khalid Othman (tengah) menjawab pertanyaan media pada Kempen Keselamatan Jalanraya dan Advokasi Sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Nilai, hari ini. - Foto Bernama
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
PADU: Sarawak sokong hasrat kerajaan melaksanakan PADU, tapi perlu waspada
Kerajaan Sarawak menyokong hasrat kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), namun menyarankan supaya ia dilaksanakan dengan penuh waspada.
Waspada tiga lokasi ‘blackspot’ di Negeri Sembilan - Polis
Pengguna jalan raya dinasihat supaya berwaspada ketika melalui tiga lokasi blackspot yang kerap berlaku kemalangan maut di Negeri Sembilan.
Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.
Tiga wilayah di Indonesia perlu waspada risiko kebakaran hutan baharu
BMKG Indonesia pada Selasa memberi amaran kepada penduduk di Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Nusa Tenggara Timur mengenai risiko kebakaran hutan.
WHO gesa Eropah berjaga-jaga terhadap penyakit cacar monyet
Kempen baharu dilancarkan ketika Eropah bakal mengalami musim bunga dan musim panas supaya berwaspada terhadap wabak mpox.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor hingga esok - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (Buruk) di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Kelantan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Ahad di Terengganu dan Kelantan.
Cuaca: Agensi pelancongan, pelancong diminta waspada - Nancy
Orang ramai yang ingin melancong diminta lebih peka dengan perubahan keadaan cuaca berdasarkan ramalan cuaca yang dimaklumkan.
Paras sungai bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
JPS menasihatkan penduduk di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah agar berwaspada.
COVID-19: Jerman, Perancis saran EU selaras polisi pembukaan sempadan
Negara anggota EU diingat supaya terus berwaspada, merujuk kepada perkembangan di Britain yang menyaksikan peningkatan kes melibatkan varian Delta.