awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WCO permudah pelepasan kastam

Amirul Aiman
Amirul Aiman
06/02/2025
02:20 MYT
WCO permudah pelepasan kastam
pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat, kata Almirulita.
KUALA LUMPUR: Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan dengan lebih lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Menurutnya, pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
"Kita pastikan pegawai telah melalui kursus bagi membuat penaksiran cukai yang betul," katanya dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Beliau menjelaskan, proses klasifikasi barangan adalah kompleks kerana setiap produk mempunyai kod tersendiri yang ditetapkan oleh WCO.
Katanya, pegawai bertanggungjawab memahami kod ini bagi menentukan kadar cukai yang tepat mengikut ketetapan negara.
Selain klasifikasi, penilaian harga barangan turut ditentukan berdasarkan kaedah yang digariskan oleh WCO sebelum cukai dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
"Harga itu pun telah ditetapkan oleh WCO. Kemudian, negara kita menetapkan cukai bagi barang tersebut," jelasnya.
Topic Berkaitan
#WCO
#Organisasi Kastam Dunia
#cukai
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan