awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wesak: Toleransi kaum asas kestabilan Malaysia - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2015
13:47 MYT
Wesak: Toleransi kaum asas kestabilan Malaysia - Muhyiddin
Muhyiddin berkata sikap saling menghormati serta memelihara perasaan dan sensitiviti kaum menjadi kunci utama kepada hubungan yang harmonis. - Gambar Fail
Toleransi kaum dan agama yang diamalkan di Malaysia adalah asas keamanan dan kestabilan negara selama ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam perutusan sempena Hari Wesak yang disambut esok, beliau berkata sikap saling menghormati serta memelihara perasaan dan sensitiviti kaum menjadi kunci utama kepada hubungan yang harmonis antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Sambil mengajak seluruh rakyat untuk terus menghormati kepelbagaian budaya dan agama serta memperkukuh perpaduan sesama masyarakat, beliau berkata kepelbagaian itu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh.
"Justeru, elakkan sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh dianggap menghina adat, budaya atau agama sesuatu kaum yang akan menyebabkan perbalahan.
"Semangat seumpama itu perlu dipelihara dan diperkukuhkan, khususnya dalam kalangan generasi muda," kata beliau.
Muhyiddin berkata keunikan kepelbagaian itu menjadi satu kekuatan kepada negara sehingga Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan makmur.
Beliau dan keluarga turut mengambil mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.
Topic Berkaitan
#harmoni
#Muhyiddin Yassin
#perpaduan
#Wesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan