awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra tidak cadang tutup kedutaan di Korea Selatan

Bernama
Bernama
09/04/2013
11:20 MYT
Wisma Putra tidak cadang tutup kedutaan di Korea Selatan
Wisma Putra tidak bercadang menutup Kedutaan Malaysia di Korea Selatan ekoran ketegangan yang semakin memuncak antara negara itu dan Korea Utara.
Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan tiada sebarang langkah untuk menutup Kedutaan Malaysia di Seoul kerana tiada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian.
"Buat masa ini kita tidak akan menutup kedutaan kita di sana (Korea Selatan) walaupun ketegangan antara dua negara ini semakin memuncak. Tiada sebab yang kukuh untuk kita menutup kedutaan kita di sana," katanya.
Ditanya berhubung jaminan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Selatan ekoran amaran yang dikeluarkan oleh Korea Utara yang meminta pelancong mahupun warga asing yang berada di Korea Selatan agar meninggalkan negara itu, jurucakap itu berkata, buat masa ini tiada sebarang arahan untuk memanggil pulang kesemua rakyat Malaysia di sana.
Sebelum ini agensi berita luar negara Reuters dipetik sebagai berkata Korea Utara mengeluarkan amaran kepada rakyat asing yang berada di Seoul agar segera meninggalkan negara itu ekoran konflik yang tercetus antara kedua-dua buah negara itu.
Pada 12 Feb lalu, Pyongyang telah melancarkan ujian peluru berpandu yang mendapat kecaman daripada Amerika Syarikat dan Seoul.
Ekoran ancaman itu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dilaporkan telah meningkatkan pertahanan peluru berpandu di selatan (Korea Selatan) dan mengambil beberapa tindakan lain bagi menghadapi kemungkinan itu.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan