Audi A3 sedan, pemenang anugerah ‘World Car of the Year’ tahun 2014 baharu sahaja memasuki pasaran Malaysia, mengikut Euromobil Sdn Bhd, pengimport dan pengedar sah jenama itu di Malaysia.
Model ini boleh didapati dalam dua varian – 1.4 TFSI dan 1.8 TFSI, kedua-duanya menggunakan bahan api petrol. Turut seperti kebanyakkan model sedan Euromobil, sistem pacuan empat roda quattro adalah standard. Kedua-dua enjin menggunakan teknologi ‘direct injection’ dan turbo untuk membolehkan output sebanyak 122hp dan 200Nm (bagi varian 1.4 TFSI). Audi mendakwa bahawa penggunaan minyak adalah pada kadar 4.9 liter/100km mengikut penggunaan bercampur (trafik urban dan lebuhraya).
Varian 1.8 TFSI pula menghasilkan 180hp dan 250Nm dan penggunaan bahan api pada kadar 6.6 liter/100km.
Audi A3 ini menggunakan transmisi S tronic (klac berkembar) yang turut memberikan fleksibiliti kepada pemandu untuk memilih gear sendiri. Audi Select System, yang dipasang standard pada model ini, membolehkan pemandu untuk memilih antara mod Auto, Dynamic, Comfort dan Individual. Mod yang berbeza-beza ini menukar sifat tindak balas pendikit kuasa; titik perubahan gear, dan kadar bantuan kepada stereng.
Bahagian kabin menunjukkan bahawa sedan ini dilengkapi dengan sistem MMI dengan skrin 5.8 inci yang menyorok ke dalam papan kemuka apabila enjin dimatikan.
Varian 1.8 TFSI boleh dipadankandengan piihan edisi Full Sport yang merangkumi stereng 3-jejari yang leper di bahagian bawah (seperti yang kelihatan di dalam kereta-kereta sport) lengkap dengan paddle shift, bumbung kaca panoramik, kerusi dibalut Alcantara, termasuk pakej S Line untuk luaran dan dalaman kereta. Pakej ini berharga RM19,800.
Euromobil juga memberikan beberapa lagi penambahan bagi kedua-dua varian yang boleh dipilih oleh pembeli, termasuk kamera undur (RM2,000), sistem audio Bang & Olufsen (RM4,000), dan lampu utama LED (RM8,000).
Untuk kereta itu sendiri, ia datang pada harga RM179,900 (1.4 TFSI) manakala varian 1.8 TFSI pula pada RM240,888 (tanpa insurans).
Model | A3 1.4 TFSI | A3 1.8 TFSI | ||||||
Enjin | 1395cc, 4-silinder, direct injection, turbo | 1395cc, 4-silinder, direct injection, turbo | ||||||
Kotak gear | 7-kelajuan S tronic (klac berkembar) | 6-kelajuan S tronic (klac berkembar) | ||||||
Prestasi | 122hp @ 5,000 - 6,000rpm, 200Nm @ 1,400 - 4,000rpm | 180hp @ 5,100 - 6,200rpm, 280Nm @ 1,350 - 4,500rpm | ||||||
Potensi | 0-100km/j @ 9.3 saat, Maksima 205km/j | 0-100km/j @ 6.7 saat, Maksima 228km/j | ||||||
Berat | 1290kg | 1470kg | ||||||
Harga | RM179,900 | RM240,888 |