awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud komplot gulingkan kerajaan tanpa melalui proses demokratik - Ahmad Zahid

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
05/11/2015
03:49 MYT
Wujud komplot gulingkan kerajaan tanpa melalui proses demokratik - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan melihat secara serius ancaman itu yang dilihat boleh mengganggu gugat ekonomi negara. - Gambar Fail
Putrajaya hari ini mengesahkan wujud komplot untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan sedia ada yang diterajui Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan melihat secara serius ancaman itu yang boleh mengganggu gugat ekonomi negara sekiranya dibiarkan ia berlaku.
Namun buktinya belum dapat didedahkan atas alasan keselamatan.
“Kerajaan telah mengesan aktiviti untuk menggulingkan kerajaan tanpa melalui proses demokratik.
“Bagaimanapun kewujudan aktiviti terbabit tidak dapat didedahkan atas alasan keselamatan dan pihak polis sedang mengumpulkan maklumat mengenainya,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam jawapan balas bertulisnya kepada soalan oleh ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi hari ini.
Nasrudin bertanya di manakah bukti terhadap dakwaan terdapat perancangan untuk menggulingkan kerajaan.
Zahid ketika berucap merasmikan mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Ampang Ogos lalu berkata ada 'tokoh tertentu' dari kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan.
Namun beliau enggan mendedahkan pihak yang terbabit.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Petaling Jaya
#Selangor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan