GADGETS
Xbox dijangka buang ramai lagi pekerja minggu depan

Pengurusan Xbox menjangkakan pusingan pemberhentian terbaharu ini bakal melibatkan lebih ramai pekerja di bawah jenama Arkane Austin, Alpha Dog Games, dan Tango Gameworks. -Amanz
JENAMA permainan video Xbox di bawah Microsoft telah mengumumkan beberapa inisiatif baharu sejak kebelakangan ini.
Ringkasan AI
- Xbox mengumumkan kerjasama dengan AMD, ASUS, dan Meta untuk membangunkan konsol generasi baharu dan set kepala realiti maya Meta Quest 3S Edisi Xbox.
- Microsoft dijangka akan meneruskan pemberhentian pekerja di bawah jenama Xbox, walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai individu atau bahagian yang terlibat.
- Sepanjang 2024, lebih 2,000 pekerja Xbox telah diberhentikan, melibatkan penutupan atau penyusunan semula studio seperti Arkane Austin, Alpha Dog Games, dan Tango Gameworks.
Sepanjang tahun 2024, lebih 2,000 pekerja di bawah Xbox telah diberhentikan.
Antara studio yang terkesan termasuk Arkane Austin, Alpha Dog Games dan Tango Gameworks, yang sama ada telah ditutup sepenuhnya atau diserap ke dalam studio lain di bawah Microsoft.
Pihak pengurusan Xbox menjangkakan pusingan pemberhentian terbaharu ini bakal melibatkan lebih ramai pekerja di bawah jenama tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan diberikan berhubung identiti individu atau bahagian yang akan terjejas. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami