awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yuran transaksi bayaran DuitNow QR tidak bebankan golongan pendapatan rendah - Anwar

Bernama
Bernama
29/09/2023
07:08 MYT
Yuran transaksi bayaran DuitNow QR tidak bebankan golongan pendapatan rendah - Anwar
Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan pengenaan yuran transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit tidak membebankan golongan berpendapatan rendah di negara ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
"Saya berbincang dengan Gabenor BNM semalam. Mengikut dia, penjelasan yang diberikan (ialah yuran transaksi) tidak akan dikenakan kepada golongan bawahan.
"Yang penting, tidak bebankan golongan berpendapatan rendah," katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran 'Postnormal Times' di KL Jazz and Arts Centre di sini, hari ini. , Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan pengenaan yuran transaksi kepada vendor untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.
Namun, yuran 50 sen akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.
Mengulas desakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menghapuskan yuran transaksi berkenaan, Anwar berkata ia perlu ditangani BNM.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menjelaskan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi hanyalah pertemuan mesyuarat pasca-Kabinet mingguan biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DuitNow QR
#yuran transaksi
#Bank Negara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan