awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid didakwa sekali lagi atas pertuduhan tambahan pecah amanah

Bernama
Bernama
20/02/2019
03:59 MYT
Zahid didakwa sekali lagi atas pertuduhan tambahan pecah amanah
Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini bagi menghadapi pertuduhan tambahan pecah amanah berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lepas. --fotoBERNAMA
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan tambahan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.
Zahid, 66, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pertuduhan tambahan itu menjadikan pertuduhan yang dihadapi Zahid kini berjumlah 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Zahid yang memakai kemeja batik lengan panjang itu tiba di mahkamah kira-kira 8.40 pagi kelihatan tenang sebaik sahaja pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan tambahan itu, dia didakwa sebagai seorang ejen iaitu Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan dengan harta iaitu wang sejumlah RM260,000 milik Yayasan Akalbudi, telah melakukan pecah amanah wang itu dengan curangnya telah membuat pembayaran kepada TS Consultancy Resources.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, pada 23 Dis 2016 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana menggunapakai jaminan dalam kes terdahulu.
“Pihak pendakwaan hari ini telah menyerahkan dua set dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak pembelaan,” katanya.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Zahid mengesahkan perkara tersebut.
“Ya, pihak kami telah menerima (dua set dokumen) dan akan membuat semakan terhadap dokumen itu,” katanya.
Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk turut diwakili Peguam Hisyam Teh Poh Teik, Kitson Foong , Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Mohd Haziq Dhiyauddin dan Asilah Mohamad Shahril.
Mahkamah menetapkan 28 Feb untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini pada 19 Okt dan 14 Dis tahun lepas, Zahid mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Zahid diikat jamin keseluruhan RM2 juta dengan seorang penjamin selain pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mahkamah Sesyen
#pecah amanah
#pertuduhan tambahan
#Rasuah
#Yayasan Akalbudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan