KUALA LUMPUR:Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tindakan yang dilakukan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Perak baru-baru ini.
Permohonan maaf Presiden UMNO itu disampaikan kepada Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu pertemuan di Parlimen pada Rabu.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam pertemuan itu, ketiga-tiga pemimpin parti politik UMNO, Pas dan Bersatu itu juga mencapai kata sepakat mencadangkan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan media yang ditandatangani ketiga-tiga mereka hari ini.
"Presiden Bersatu, Presiden Pas dan Pengerusi Barisan Nasional disertai sama Setiausaha Agung ketiga-tiga parti pada hari ini telah mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.
"Dalam perbincangan ini, Pengerusi Barisan Nasional (Ahmad Zahid) telah menyampaikan penyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN Perak atas kekhilafan yang berlaku.
"Atas semangat permuafakatan Perikatan Nasional, ketiga tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan YB Dato' Haji Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, perbincangan di antara ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain di dalam kerajaan negeri.
Kesemua pemimpin parti berkenaan juga, kata kenyataan itu, turut sepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam kerajaan PN di Perak dan juga di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Krisis pembentukan kerajaan Perak tercetus selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu.
Dalam undian terhadap usul yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) itu, Ahmad Faizal dari Bersatu hanya mendapat 10 undi berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
Susulan itu, Ahmad Faizal semalam meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Fareez Azman
Wed Dec 09 2020

Presiden dan Setiausaha Agung UMNO, Bersatu dan Pas menghadiri mesyuarat membincangkan krisis politik Perak di Parlimen pada Rabu. - Gambar Twitter TAKIYUDDIN HASSAN

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana system pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Kerajaan buka ruang anak golongan berkemampuan, alumni memasuki MRSM
Permintaan memasuki MRSM turut berada di tahap lebih daripada 300 peratus daripada kemampuan untuk melanjutkan pelajaran di insitusi itu.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei - Ahmad Zahid
Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.

MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
KJ beri amaran jangan pandang ringan suara Najib Razak di sebalik penjara yang boleh menentukan masa depan UMNO.

Kerajaan tubuh Majlis Madani - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini.

Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.

Skor Indeks Belia Malaysia harus dipertingkat - Ahmad Zahid
Pencapaian skor indeks itu pada tahun lepas adalah lebih rendah iaitu pada 58.4 peratus berbanding 60.31 peratus pada 2021.

UMNO, BN janji terus dukung Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Peputusan Pemilihan UMNO 2023 jelas menunjukkan sokongan kepimpinan nasional serta akar umbi parti terhadap keutuhan Kerajaan Perpaduan.