awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid serah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ambil langkah pencerahan isu DNAA

Bernama
Bernama
13/09/2023
05:27 MYT
Zahid serah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ambil langkah pencerahan isu DNAA
AHMAD ZAHID: Kita serahkan kepada jawatankuasa itu untuk melakukan langkah-langkah ke arah pencerahan isu berkenaan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung langkah yang akan diambil jawatankuasa itu ke arah pencerahan berhubung isu keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau daripada pertuduhan di mahkamah.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi jawatankuasa berkenaan William Leong Jee Keen bahawa jawatankuasa itu akan memanggil Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA itu.
"Apa yang dicadangkan YB William itu sebagai Pengerusi JKPK itu adalah pengumuman yang dilakukan pada sidang khas membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12).
"Kita serahkan kepada jawatankuasa itu untuk melakukan langkah-langkah ke arah pencerahan isu berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Halal Sector Forum 2023, di sini, hari ini.
Semalam, Leong ketika Sidang Khas Dewan Rakyat memaklumkan jawatankuasa itu juga akan memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memberi penjelasan dan satu laporan akan dibentangkan selepas prosiding itu dilaksanakan.
Sementara itu, mengulas mengenai rancangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan demonstrasi pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu ini Ahmad Zahid berkata: "Kita sebuah negara demokrasi, ada pihak yang ingin menganjurkan dan ada sebaliknya, saya harap tidak ada pertempuran di jalanan."
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata tiada keperluan untuk mengadakan referendum dalam kalangan ahli parti itu berhubung kerjasama dengan DAP seperti dicadangkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil.
"Tidak perlu referendum, saya hormati pendapat peribadi, tetapi jangan memaksa semua orang menghormati pendapat peribadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#DNAA
#Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan