KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini telah disahkan positif COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.
“Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Terdahulu pada 25 Disember tahun lepas, beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19, dan keputusannya ialah negatif,” menurut kenyataan itu lagi.
Zahidi, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kini berada dalam keadaan stabil, dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba semalam berkata, pesakit COVID-19 tahap satu dan dua atau tidak bergejala, menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan.
BACA: Hamzah Zainudin positif COVID-19
BACA: Rina Harun positif COVID-19
BACA: Mustapa Mohamed positif COVID-19
BACA: Semua menteri Kabinet jalani ujian saringan COVID-19, tiga positif
Ujarnya lagi, pasukan khas telah diwujudkan di peringkat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis, CPRC, peringkat negeri dan daerah bagi memantau pesakit yang dirawat di rumah.
Bagaimanapun, pesakit yang bergejala akan dirawat di hospital serta menjalani proses pemantauan seperti biasa.
Sebelum ini tiga Menteri dilaporkan positif COVID-19, iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Firdaus Azil
Wed Jan 13 2021

Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas. - Gambar fail

Kepimpinan Muhyiddin sepatutnya diteladani orang bawahan - Penganalisis politik
Sepatutnya corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin menjadi ikutan orang-orang di bawahnya, membantu mengekalkan standard kerajaan PN.

Laporan Khas | Pasir, pembangunan atau kemusnahan?
Dalam siri satu, kami melihat insiden tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas 17 Februari lalu yang didakwa ada kaitan dengan aktiviti mengorek pasir. Kesannya ada.. Namun setakat mana runtuhan yang berlaku benar-benar berpunca daripada aktiviti ini? Benarkah pemegang lesen tidak patuh syarat yang ditetapkan? Ikuti siri dua pasir untuk pembangunan atau kemusnahan?

Politik | Wawasan 2020 gagal kerana perubahan dasar kepimpinan negara
Kegagalan kepimpinan negara meneruskan dasar pembangunan yang telah ditetapkan merupakan faktor menyebabkan negara gagal untuk mencapai matlamat dalam Wawasan 2020.

Kecantikan | JSD Holdings bangkit lebih berdaya saing
Di sebalik berdepan ketidaktentuan ekonomi suslan pandemik COVID-19, JSD Holdings Sdn Bhd masih mampu mencatatkan keuntungan dengan menukar strategi perniagaan dan operasinya.

Hidupan Liar | Perlindungan Hidupan Liar Bakal di bawa ke NPC-13
Laporan penguatkuasaan undang-undang perlindungan hidupan liar dan malum balas awam antara yang menjadi perbincangan dalam mesyuarat pleno, Sidang ke-26 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13. Antara yang disentuh adalah larangan perdagangan haram dan menghapuskan penggunaan hidupan liar secara menyeluruh.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,828 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,828 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893045/8967789641614601883749_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,828 kes harian baharu dilaporkan
Sebanyak 1,828 jangkitan baharu COVID-10 direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam. Sementara Johor pula menjadi negeri paling banyak merekodkan jangkitan positif iaitu sebanyak 490 kes diikuti Selangor (453) dan Sarawak (220). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes di negara kini ialah 302,580 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 25,542 kes.

Penerokaan Angkasa | China Mula R&D Roket Pembawa Muatan 100 Tan
China kini memasuki fasa penilaian akhir bagi membangunkan sebuah roket pengangkut dengan kapasiti 100 tan bagi menggantikan roket Long March yang hanya mampu mengangkut 25 tan bahan ke angakasa lepas.

Aktiviti sukan dan rekreasi kini dibenarkan di Sarawak
Sarawak membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi diadakan namun tertakluk kepada mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 01 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Sarawak sedia beli vaksin COVID-19 jika perlu
Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 sekiranya terdapat keperluan bagi meningkatkan kapasiti program imunisasi di negeri itu.

Zahidi Zainul Abidin sah positif COVID-19, jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh
Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.

Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, berkata ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat malam ini.

Keselamatan siber ditingkatkan secara berfasa elak penggodam, penipu curi data
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi.

Pawagam pandu lalu digalakkan - Zahidi
Konsep pawagam seperti itu boleh dijadikan sebagai satu platform alternatif untuk menonton filem di layar besar secara berkumpulan sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Saya mohon maaf atas kekeliruan isu Veveonah - Zahidi
Zahidi tidak perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.

Platform e-dagang: KKMM belum bincang kenakan caj perkhidmatan 20 sen
Kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam.

'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi
Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.

'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri
Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.

PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'
Pengundi antara 21 hingga 40 tahun paling agresif, sukar dijangkakan, mudah bertukar pendirian, beremosi serta berani mengambil risiko.

Dakwa Veveonah menipu, Zahidi sudah minta maaf - Saifuddin
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menganggap kenyataan Timbalannya Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung pelajar Sabah Veveonah Mosibin adalah satu kesilapan.