awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zakiah Hanum meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2019
05:11 MYT
Zakiah Hanum meninggal dunia
Allahyarham, 82 tahun, merupakan wanita pertama yang menjadi Ketua Pengarah dalam jabatan kerajaan dan banyak memberi sumbangan kepada negara khususnya dalam memartabatkan budaya Melayu. - Foto Astro AWANI
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara pertama dan wanita tempatan pertama menerima anugerah Ramon Magasay, Datuk Zakiah Hanum Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Pantai kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Memetik laporan sebuah portal berita, anak Allahyarham, Farha Mohd Nor berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Jumaat hari ini.
Menurut Farha, Allahyarham mempunyai dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan tujuh cucu hasil perkahwinan dengan Datuk Mohd Nor Ismail.
Allahyarham, 82 tahun, merupakan wanita pertama yang menjadi Ketua Pengarah dalam jabatan kerajaan dan banyak memberi sumbangan kepada negara khususnya dalam memartabatkan budaya Melayu.
Allahyarham juga merupakan individu yang memberi ilham untuk membina Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka dan Pustaka Peringatan P. Ramlee sebagai satu daripada usaha untuk mengingati, mendokumentasikan serta mempamerkan kepada umum sumbangan tokoh negara.
Topic Berkaitan
#farha mohd nor
#meninggal dunia
#mohd nor ismail
#zakiah hanum abdul hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan