awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry adakan lawatan kerja luar ke The Hague, Belanda

Bernama
Bernama
19/06/2023
02:45 MYT
Zambry adakan lawatan kerja luar ke The Hague, Belanda
Zambry mengadakan lawatan kerja sulungnya ke The Hague, Belanda bermula hari ini hingga 20 Jun. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja sulungnya ke The Hague, Belanda bermula hari ini hingga 20 Jun selaras dengan usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Belanda.
Dalam suatu kenyataan pada Isnin Zambry berkata, Belanda merupakan rakan dagangan yang penting buat Malaysia sejak hubungan diplomatik diwujudkan pada tahun 1957.
Belanda juga merupakan salah satu negara Kesatuan Eropah (EU) yang penting bagi Malaysia daripada segi perdagangan, pelaburan, pertanian, pelancongan, kebudayaan, dan banyak lagi.
Menurut kenyataan itu, Zambry dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Wopke Hoekstra yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Belanda merangkap Menteri Luar Negeri bagi membincangkan perkara mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara.
"Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak di sini dalam usaha meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pendidikan.
"Lawatan kerja ini juga memberi peluang untuk saya menjelaskan mengenai dasar Kerajaan semasa di bawah kepimpinan baharu, terutamanya mengenai dasar luar dan pelaburan asing, serta meningkatkan peluang perniagaan dan pelaburan Malaysia.
"Diharap lawatan kerja ini dapat mengekalkan momentum dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Belanda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#lawatan kerja
#Hubungan dua hala
#rakan dagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan