MELAKA: Zoo Melaka ditutup selama lima hari bermula hari ini ekoran seorang daripada penjaga haiwan di destinasi ikon pelancongan negeri itu dikesan positif COVID-19.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Zoo Melaka termasuk kemudahan di dalamnya antaranya kafe, pentas persembahan haiwan, kaunter tiket dan stesen trem, dapat dilakukan secara menyeluruh selama tiga hari bermula esok.
"Setakat ini hanya seorang kakitangan Zoo Melaka didapati positif dan jangkitan adalah daripada ahli keluarga tapi kita terpaksa menutup sementara zoo ini sebagai langkah awal untuk mengekang penularan COVID-19 sekali gus mengelak berlaku kluster baharu memandangkan kes positif COVID-19 di Melaka juga semakin meningkat.
"Penutupan ini bagaimanapun tidak melibatkan operasi pentadbiran dan pengurusan haiwan di Zoo Melaka...ia berjalan seperti biasa," katanya pada sidang akhbar berkaitan penutupan sementara Zoo Melaka di pejabatnya di sini hari ini.
Shadan berkata selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pembersihan kawasan zoo tersebut juga akan dijalankan sepanjang penutupan sementara itu sebagai persediaan menghadapi cuti sekolah yang akan bermula pada 26 Februari hingga 20 Mac ini.
Beliau berkata jumlah pengunjung ke Zoo Melaka dijangka terus meningkat sepanjang sesi cuti persekolahan berkenaan dan pihaknya perlu memastikan persediaan rapi daripada aspek prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal dapat dipatuhi.
Katanya, lebih banyak pintu masuk ke Zoo Melaka akan dibuka bagi memastikan pengunjung tidak beratur panjang dan mengelak mereka berkumpul di luar terlalu lama.
Beliau berkata Zoo Melaka meliputi kawasan 21.04 hektar dan 3,000 pengunjung berada di dalam kawasan zoo dalam tempoh satu-satu masa tidak menjadi masalah kerana SOP penjarakan fizikal dapat dilakukan.
"Pada cuti Tahun Baharu Cina yang lepas, Zoo Melaka merekodkan sebanyak 32,800 pengunjung dalam tempoh tiga hari bermula 1 Februari dengan purata 10,000 pelancong pada setiap hari bagi tempoh tersebut.
"Sejak 1 Jan hingga hari ini pula, lebih 50,000 orang direkodkan telah berkunjung ke Zoo Melaka dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat menjelang musim cuti sekolah pada Mac depan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata hanya 50 peratus daripada 300 kakitangan MPHTJ yang bertugas di dalam Pejabat MPHTJ di Melaka Mall di sini, akan bekerja setiap hari secara giliran bagi mengekang penularan COVID-19, selama seminggu bermula esok.
Katanya, langkah itu dilakukan ekoran enam kakitangan MPHTJ yang bertugas di dalam pejabat tersebut dikesan positif dan mereka kini sedang menjalani kuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
Penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Zoo Melaka termasuk kemudahan di dalamnya. - Facebook Zoo Melaka
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
Taman safari berkonsep terbuka terbesar di Malaysia akan dibina di Melaka
Sebuah taman safari berkonsep terbuka yang terbesar di Malaysia dengan kapasiti anggaran seluas 20.2 hektar akan diwujudkan di negeri ini.
Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka
Zirafah betina bernilai lebih RM200,000 itu dibawa masuk menerusi inisiatif menaik taraf Zoo Melaka.
Pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang
Seorang lelaki yang berusia 43 tahun patah kaki, manakala isteri dan anak lelakinya mengalami kecederaan ringan.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Jualan tiket masuk Zoo Melaka catat kutipan lebih RM800,000
Kedatangan pengunjung ke zoo tersebut mencecah lebih 1,000 orang sehari, dengan jumlah tertinggi direkodkan semalam iaitu 3,500 orang.
Terjejas COVID-19: Zoo Melaka perlu RM600,000 sebulan tampung kos operasi
Sebanyak RM250,000 diperlukan untuk membeli makanan bagi 550 haiwan daripada 250 spesies yang ditempatkan di Zoo Melaka.
Langgar SOP, kerajaan boleh tarik kelonggaran - Ismail Sabri
Kerajaan boleh menarik balik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan pada ketika ini sekiranya orang ramai terus melakukan pelanggaran.
Taja haiwan Zoo Melaka menerusi program Zoobilation
Nilai tajaan untuk setiap haiwan berkenaan ialah minimum RM20,000 sehingga RM2 juta bagi gajah Asia.
Nilai semula Monorel Melaka
Setakat ini perkhidmatan monorel pelancongan itu masih diteruskan bagaimanapun kajian menyeluruh pelaksanaan setiap produk memerlukan penilaian semula.
Perhilitan nafi cuba tutup isu 'haiwan hilang' di Zoo Melaka
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) didakwa cuba menutup isu 'haiwan hilang' di Zoo Melaka.