Barisan Nasional (BN) Terengganu mencalonkan tiga muka baru bagi kerusi parlimen dan dua belas muka baru bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata senarai calon BN negeri bagi lapan kerusi parlimen dan tig puluh dua dun itu adalah gandingan mantap untuk BN Terengganu.

Datuk Seri Ahmad Said akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kijal.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan watikah calon di Kuala Terengganu, beliau berkata calon yang dikemukakan kali ini ada gandingan mantap yang mampu membawa kemenangan besar.

Selain muka baru ,ada yang dicalonkan pernah kalah pada PRU 2008 kembali bertanding serta bertukar kerusi berasaskan strategi parti.

Beliau berharap calon yang tidak disenaraikan menerima dengan hati terbuka manakala mereka yang disenaraikan perlu segera turun padang.

“Saya mengharapkan bahawa calon calon yang baru terpilih ini dapat turun padan dan berjumpa dengan seberapa ramai pengundi dalam tempoh kempen nanti. Ini supaya kita dapat mencapai kemenangan cemerlang kepada calon-calon yang diberi peluang bertanding,” kata Ahmad Said.

Tiga exco negeri yang tidak disenaraikan kali ini ialah pengerusi jawatankuasa pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi, Datuk Mohammad Awang Tera (DUN Cukai), pengerusi jawatankuasa agama dan penerangan, Khazan Che Mat (DUN Batu Rakit) dan pengerusi jawatankuasa pertanian dan industri asas tani Asha'ari Idris (DUN Langkap).

Tiga muka baharu bagi kerusi parlimen ialah Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Setiu), Mohd Zubir Embong (Kuala Terengganu) dan Datuk Jailani Johari (Hulu Terenggganu).

Bagi DUN pula, 12 calon muka baharu ialah Mohd Mahadi Musa (Kota Putera), Mohd Iskandar Jaafar (Jabi), Saberi Mohd Nor (Langkap), Bazlan Abdul Rahman (Batu Rakit), Ismail Nik (Bukit Tunggal), Wan Mahyuddin Wan Ngah (Wakaf Mempelam), Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang), Abdul Latif Awang (Pengkalan Berangan), Yusof Awang Hitam (Manir), Ghazali Ttaib (Ajil), Roslee Daud (Bukit Besi) dan Zakariah Ali (Sura).

Seorang calon yang ditampilkan semula ialah ketua umno bahagian Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan bagi kerusi parlimen Dungun.