awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik gerakan BN DUN Duyong dipecah masuk

Bernama
Bernama
24/04/2013
08:57 MYT
Bilik gerakan BN DUN Duyong dipecah masuk
Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dipecah masuk pagi ini dengan set televisyen dan komputer yang mengandungi data penting pilihan raya hilang.
Calon BN DUN berkenaan Datuk Gan Tian Loo berkata insiden yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM1,500 itu disedari pekerja parti sebelum memaklumkan kepada beliau kira-kira 9.30 pagi.
"Kita amat kecewa dengan kejadian ini kerana ia menyebabkan banyak maklumat dan data penting berhubung pilihan raya berada dalam komputer yang dicuri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau yang juga Pengerusi MCA Melaka berkata pihaknya percaya kejadian tersebut merupakan perbuatan sabotaj pihak tertentu dalam mengganggu kelancaran kempen dan proses pilihan raya di DUN berkenaan.
Ini kerana barangan berharga lain seperti mesin pencetak laser dan cenderahati tidak dicuri selain tiada kesan geledah berlaku, katanya.
Bilik Gerakan tersebut dipercayai dipecah masuk melalui tingkap bahagian belakang.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Kandang pada pukul 10.25 pagi.
Topic Berkaitan
#Bilik gerakan BN
#data penting pilihan raya
#DUN Duyong
#komputer
#set televisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan