awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz tandatangani ikrar integriti pilihan raya

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
08/04/2013
10:48 MYT
Mukhriz tandatangani ikrar integriti pilihan raya
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transperancy International sebagai komitmen memerangi rasuah dan mendukung integriti.
Katanya, komitmen itu adalah apa yang menjadi kepercayaan dan pegangan beliau selama ini.
"Saya menganggap integriti satu nilai murni yang perlu diutamakan dalam segala aspek hidup kita, lebih-lebih lagi dalam proses demokrasi," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela untuk menggalakkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban serta mendukung kedaulatan undang-undang.
Mukhriz pada masa sama berikrar tidak menerima atau memberi rasuah serta menolak mana-mana amalan rasuah.
Ikrar sama sebelum ini ditandatangani antaranya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Mukhriz turut menyeru semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum nanti supaya membuat ikrar berkenaan yang katanya bukanlah sesuatu yang susah.
"Hanya pergi ke laman web Transparency International kemudian tandatangan. Segala butiran ikrar kita akan dimuatkan dalam laman web berkenaan," ujar Mukhriz.
Ikrar integriti itu adalah satu inisiatif sukarela dan kawalan kendiri yang mengandungi empat perkara iaitu menolak rasuah, mendukung kepentingan rakyat, tadbir urus yang baik serta telus dan patuh segala undang-undang yang berkaitan.
Sementara itu, Mukhriz enggan memikirkan soal apakah beliau akan bertanding di kerusi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sebaliknya mengulangi kenyataannya sebelum ini menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional.
Mukhriz, penyandang kerusi Parlimen Jerlun, disebut-sebut sebelum ini akan dicalonkan di salah satu kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Jerlun.
Topic Berkaitan
#ikrar integriti
#Mukhriz Mahathir
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan