awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang politik, tolong jaga kelakuan!

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
11/04/2013
07:45 MYT
Orang politik, tolong jaga kelakuan!
Daripada asyik mengutuk dan mengkritik musuh politik masing-masing, ahli-ahli politik seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada penyokong mereka dengan berkelakuan baik.
Presiden Voices of Peace, Conscience and Reason Datin Halimah Mohd Said berkata demikian ekoran peningkatan kejadian jenayah politik seperti pergaduhan dan tindakan membakar bendera politik yang dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Halimah berpendapat bahawa tindakan agresif yang diambil sesetengah pihak tidak boleh diterima malah katanya menyedih dan menakutkan.
“Jika masyarakat kita masih berkelakuan sebegini selepas melalui 12 pilihan raya umum, maka kita sebenarnya hanya bergerak ke belakang dari segi kematangan politik.
“Tanggungjawab untuk mengurangkan tindakan agresif ini terletak di tangan pemimpin. Jangan asyik marah dan mengutuk musuh politik. Dari hari ini, mereka seharusnya mencadangkan perkara yang positif supaya penyokong mencontohi perbuatan pemimpin mereka,” kata beliau kepada Astro Awani.
Tambah Hamimah kegagalan untuk berbuat demikian berkemungkinan akan menimbulkan situasi kecoh seperti kejadian rusuhan pada 13 Mei 1969.
Ketua Jabatan Politik dan Kajian Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak, Dr Faisal Hazis pula berkata walaupun situasi tenteram itu penting sambil menanti pilihan raya umum ke 13, adalah sedikit keterlaluan untuk membandingkan situasi kini dengan kejadian 13 Mei.
"Saya mahu menangkis idea bahawa keganasan politik semasa akan mencetuskan satu lagi peristiwa 13 Mei. Keganasan politik hanya disebabkan oleh sebilangan kumpulan minoriti dalam masyarakat. Majoriti rakyat masih menghargai keamanan, "katanya.
Faisal berkata kebanyakkan keganasan berlaku kerana terdapat kelompok ekstrimis dalam parti masing-masing.
“Apa yang penting adalah majoriti rakyat perlu menegakkan keamanan dan mengabaikan provokasi dari mana-mana pihak.
“Pihak polis juga perlu bertindak tegas atas kejadian keganasan politik. Mereka perlu mengambil tindakan tanpa mengira parti politik,” tambahnya lagi.
Semenjak Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, pihak polis telah menerima sebanyak 108 laporan dari seluruh negara mengenai kes-kes keganasan berkaitan politik.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Razak
#Faisal Hazis
#halimah mohd said
#keganasan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan