awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru tiga remaja baling bom petrol

Bernama
Bernama
26/04/2013
09:04 MYT
Polis buru tiga remaja baling bom petrol
Polis sedang memburu tiga remaja yang dipercayai membaling dua bom petrol ke arah Bilik Gerakan Barisan Nasional di Jelapang semalam.
Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Perak, Supt Maszely Minhad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi balai polis terdekat.
"Kita sedang menjejaki suspek melalui maklumat yang kita perolehi setakat ini. Namun ia belum mencukupi. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Akta Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua penyokong parti agar mematuhi undang-undang dan tidak sengaja melakukan kerosakan atau khianat terhadap mana-mana parti bertanding.
Dalam pada itu, Maszely berkata polis menerima 11 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan telah membuka tiga kertas siasatan semalam.
"Semalam, empat lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan di sebuah Bilik Gerakan di Kampung Kerunai, Gerik dan kesemua mereka kini ditahan reman," katanya. Beliau berkata sebanyak 143 ceramah telah dijalankan di seluruh Perak semalam di mana 30 dari jumlah itu didapati tidak mempunyai permit.
"Meskipun kaedah permohonan permit telah dipermudahkan, namun masih ramai penganjur ingkar untuk berbuat demikian," katanya.
Topic Berkaitan
#Bilik gerakan BN
#bom petrol
#Jelapang
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan