Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman dipilih menjadi calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah kerana rekod cemerlang beliau sebagai menteri besar selain keupayaannya dalam memastikan pembangunan, pelaksanaan dan kejayaan projek Iskandar Malaysia di negeri ini, khususnya di Gelang Patah.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, rakyat perlu menolak calon luar yang cuba 'tumpang semangkuk' hasil kejayaan yang dikecapi daripada pembangunan berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Raya, Taman Universiti, Skudai pada Rabu.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Abd Ghani dan Pengerusi BN Gelang Patah Datuk Aziz Sapian.
Timbalan Perdana Menteri berkata Gelang Patah merupakan kawasan Parlimen yang memiliki wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, iaitu lokasi paling membangun di negara ketika ini.
Muhyiddin berkata sejarahnya bermula ketika beliau masih menjadi Menteri Besar Johor, iaitu kerajaan mengenal pasti potensi kawasan berkenaan untuk dibangunkan dalam keadaan penduduk yang tidak begitu ramai ketika itu.
"Proses ambil alih memang mendapat tentangan dan rasa tidak puas hati. Biasalah, waktu mana kerajaan mempunyai benda nak dirancang, ia perlu dilakukan.
"Tetapi rakyat tak faham visi dan matlamatnya, namun lama-kelamaan, terutama apabila Abd Ghani dilantik menjadi Menteri Besar, dan didokong oleh (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi dan (Datuk Seri) Najib (Tun Abdul Razak), kawasan hijau kini jadi projek pembangunan pesat, yang menjadi paksi pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata ramai penduduk setempat berjumpa dengannya ketika menghadiri majlis di Gelang Patah beberapa tahun lepas dan mengucapkan terima kasih kerana kawasan mereka kini pesat membangun, yang menyaksikan harga tanah juga meningkat sehingga RM1 juta seekar.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh kerana memberi laluan kepada Abd Ghani untuk bertanding di kawasan berkenaan.
Katanya, rakyat perlu membuat keputusan yang tepat dan tidak perlu mengubah kemakmuran serta keamanan yang dikecapi kerana PRU13 adalah penentu bagi hala tuju Malaysia untuk lima tahun akan datang, selaras matlamat menjadikan Malaysia
negara maju menjelang 2020.
Bernama
Wed Apr 24 2013
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).