awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB adakan mesyuarat tergempar isu pengiktirafan Somaliland oleh Israel
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taib Mahmud: Anwar Ibrahim tidak layak tadbir negara

Bernama
Bernama
23/03/2013
14:59 MYT
Taib Mahmud: Anwar Ibrahim tidak layak tadbir negara
Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seringkali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik negara jelas membuktikan beliau tidak layak mentadbir negara, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata apa yang dilakukan ketua pembangkang itu sudah melampau dan tidak menggambarkan ciri sebenar rakyat Malaysia yang cintakan negara.
"Rakyat dahulu berjuang untuk capai kemerdekaan kerana kita tidak mahu orang luar campur tangan dalam politik kita, tetapi malangnya ada pula pemimpin yang kononnya 'champion' di peringkat antarabangsa seolah mahu sejarah penjajahan berulang semula. Dia bawa orang luar dan pengaruhi mereka, kemudian mereka 'condemn' Malaysia bukan negara yang baik.
"Dia tidak layak tadbir negara (Malaysia), tindakan dia yang dilihat terlalu bergantung kepada nasihat orang luar, pentingkan penyokong-penyokong di luar negara, membawa NGO luar untuk campur tangan dalam politik negara, jelas tindakannya itu tidak baik untuk Malaysia dan Sarawak amnya," katanya ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta dekat sini Sabtu.
Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.
"Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala 'Arab Spring', itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan," katanya.
Taib berkata politik diamalkan pembangkang dengan terus-menerus membawa orang luar, nyata berbeza daripada politik yang diamalkan Barisan Nasional (BN).
"Ini bukti perbezaan politik BN berbanding pembangkang, kita (BN) tidak burukkan negara sendiri, atau timbulkan isu seperti hutan di Sarawak sudah gondol sedangkan fakta tersebut tidak betul.
"Jika dibandingkan ketua pembangkang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula, saya lebih percaya Perdana Menteri akan bawa kemajuan kepada Malaysia kerana beliau telah mendapat didikan terbaik dalam soal membawa pembangunan kepada negara ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan