awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undian kali ke-13 bagi warga emas 100 tahun

Bernama
Bernama
05/04/2013
02:10 MYT
Undian kali ke-13 bagi warga emas 100 tahun
Bagi seorang warga emas berusia 100 tahun di sini, pilihan raya umum kali ini bakal mencipta sejarah untuk dirinya yang akan mengundi buat kali ke-13.
Othman Daud yang membahasakan dirinya 'Pak Long', berkata sejak pertama kali menunaikan tanggungjawab itu pada 1959, beliau tidak pernah alpa mengundi pada setiap pilihan raya umum yang diadakan.
"Insya-Allah, kali ini kalau boleh Pak Long tak mahu terlepas untuk mengundi, tetapi depa (mereka) kena mai (datang) ambil Pak Long di rumah, kalau depa tak ambil susahlah Pak Long hendak keluar," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Warga emas itu yang masih kelihatan sihat dan boleh membaca, berkata beliau juga sudah membuat semakan Daftar Pemilih dan akan mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Anak sulung daripada 12 beradik itu yang tidak pernah berkahwin kini tinggal bersama dua adik perempuannya berusia 75 dan 71 tahun serta anak saudara, Faridah Ariffin, 44, dan seorang cucu saudara berusia 11 tahun.
Ditanya mengenai rahsianya mengekalkan kesihatan diri, Othman berkata selain melakukan rutin seharian dan ke bendang, beliau juga mengamalkan pengambilan ulam-ulaman.
Ketika diminta mengulas mengenai pengundi muda pula, Othman berkata: "Mereka semua belajar bagus, belajar lebih tinggi dari kita, mereka sepatutnya lebih pandai berfikir dan memilih."
Katanya beliau yang telah "banyak makan garam" bersyukur dengan nikmat kemakmuran negara yang pesat membangun dan tidak mahu nikmat itu hilang begitu sahaja.
Topic Berkaitan
#100 tahun
#13
#Pak Long
#pilihan raya umum
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan