Calon Barisan Nasional (BN) paling muda di Kedah, Datin Nor Sabrina Mohd Noor menyifatkan pilihan raya umum (PRU) kali ini sangat mencabar, namun beliau tidak gentar dengan keadaan itu.
Ahli biologi berusia 34 tahun itu jelas begitu bersemangat untuk memastikan kemenangan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu.
Sebagai calon daripada kalangan orang muda, beliau melihatnya sebagai nilai tambah berikutan pengundi muda sekarang yang lebih selesa mendampingi pemimpin seusianya.
"Saya ingin memfokuskan kepada kawasan saya iaitu DUN Bandar Baharu di mana majoriti pengundi adalah Melayu dan 40 peratus pengundi adalah pengundi muda. Banyak kemudahan yang diinginkan golongan muda di sana tidak dapat ditunaikan semasa pemerintahan kerajaan PAS dan banyak janji-janji tidak ditepati. Jadi saya yakin pengundi muda akan berpihak kepada BN pada kali ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) itu berkata sebagai pengasas pergerakan Puteri Umno di DUN itu, beliau yakin sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat kelak, beliau juga mampu membawa transformasi besar ke kawasan berkenaan.
Nor Sabrina yang merupakan Ketua Puteri Umno Kulim/Bandar Baharu berkata daripada segi calon saingan yang bakal dihadapi, beliau sudah mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang akan diketengahkan pihak lawan.
"PAS pasti akan meletakkan calon, tapi saya tidak kisah kerana dalam parti mereka sendiri pun ada ketegangan, jadi eloklah rakyat bersatu beralih kepada BN.
"Lagipun selepas lima tahun mentadbir Kedah, banyak kepincangan berlaku, tidak ada kemajuan atau pembangunan dan inilah masanya khusus untuk pengundi muda bertindak untuk mengubah supaya BN boleh menang," katanya yang berasal dari Sungai Kob, Kulim.
Mengenai harapannya jika terpilih sebagai wakil rakyat, Nor Sabrina berkata beliau akan berusaha supaya sebuah hospital dibina di kawasan berkenaan.
Katanya sebagai ibu muda dengan dua anak beliau sangat prihatin dengan nasib golongan ibu-ibu di kawasannya kerana terpaksa memilih hospital di luar negeri Kedah untuk melahirkan anak.
"Mereka terpaksa pergi ke hospital di Selama atau Parit Buntar di Perak dan apabila anak mereka dilahirkan, bayi itu telah hilang "taraf" sebagai rakyat Kedah sebab dilahirkan di negeri lain.
"Saya akan berusaha untuk mengadakan sebuah hospital di kawasan ini dan hanya dengan memilih BN sahaja harapan itu dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat di kawasan ini," katanya.
Bernama
Wed Apr 17 2013
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada semakan selepas 13 tahun: Kenaikan gaji penjawat awam wajar, munasabah dan adil - Sim
Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar bersempena dengan Hari Pekerja semalam adalah wajar dan munasabah, mengambil kira peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong belian semasa harga murah
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul susulan pengambilan untung pada Selasa.
Astrazeneca: KKM akan dapatkan penjelasan kesan sampingan vaksin
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Peranan saya bukan sebahagian daripada strategi, fokus sokong parti - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, jelas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu, selaku ahli parti beliau akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan.
PRU15: GRS akan sokong calon BN di Sabah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong setiap calon yang bakal dikemukakan BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRN Sabah: Benar, saya akui saya khilaf - Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Tun Said kembali menggegarkan politik Sabah apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN Usukan.
Chini Memilih: Dulu seteru, kini semeja
Azmin hadir dalam program kempen Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Tasik Mentiga pada Jumaat.
Chini Memilih: PRK DUN Chini landasan kekuatan BN hadapi PRU - Najib
Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menjadi landasan kepada Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Chini Memilih: Saya harap Tun Mahathir turun berkempen, tetapi tidak - Najib
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjangkakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil
Chini Memilih: BN tidak ambil mudah calon lawan, perhebat kempen media sosial
Barisan Nasional (BN) akan terus memperhebatkan kempen media sosial secara meluas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini bagi memastikan pengundi memilih calon parti
Calon PRK Chini tidak lepas peluang bertemu pengundi
Kempen normal baharu menjadi cabaran utama setiap calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23.
Senarai calon tular: Terpulang hendak percaya atau tidak - Ahmad Razif
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyerahkan kepada orang ramai sama ada untuk mempercayai senarai calon Barisan Nasional (BN) yang tular di media sosial baru-baru ini.
Jangan 'tekan' PM Najib berhubung calon PRU14 - Syed Ali
Pemimpin UMNO dan komponen BN diingatkan tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemilihan calon PRU14 akan datang.