awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah

Bernama
Bernama
02/11/2024
08:31 MYT
10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Hamzah berkata peringkat cawangan bahagian berkenaan, boleh memulakan mesyuarat semula mulai 7 Nov. - Foto Astro AWANI
LARUT: Semua 10 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata peringkat cawangan bahagian berkenaan, boleh memulakan mesyuarat semula mulai 7 Nov.
"Manakala bagi pemilihan di peringkat bahagian pula akan dilaksanakan pada Disember depan, kita gantung bukan gantung selama-lamanya, cuma kita tangguh untuk elak perkara yang tidak diingini berlaku membabitkan keseluruhan pemilihan kelak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Serbaguna Sungai Bayor dekat sini hari ini.
Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Abdul Azim Mohd Zabidi mengesahkan 10 bahagian jawatankuasa parti itu digantung dan tidak boleh bersidang dalam pemilihan parti yang berlangsung hari ini.
Keadaan itu menyebabkan ahli di 10 bahagian itu tidak boleh mengundi bagi memilih tiga naib presiden dan 20 majlis pimpinan tertinggi (MPT).
Sepuluh bahagian itu ialah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong, Cameron Highlands termasuk Hulu Langat dan Kota Melaka, yang menerima notis pemberitahuan menerusi surat bertarikh 31 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemilihan Bersatu
#Hamzah Zainuddin
#bahagian Bersatu digantung
#dibenarkan mengadakan persidangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan