awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

34 ahli UMNO Kalabakan umum keluar parti

Bernama
Bernama
26/05/2018
09:56 MYT
34 ahli UMNO Kalabakan umum keluar parti
Asmadi dalam pada itu berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dan meminta supaya terus menyokong Hamisa.
Kira-kira 34 ahli UMNO Bahagian Kalabakan mengumumkan keluar parti dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini.
Kesemua mereka merupakan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua kampung, wakil anak negeri serta ketua cawangan UMNO.
Pengerusi JKKK Kampung Rancangan Kalabakan, Asmadi Suping berkata tindakan nekad itu diambil selepas kurang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti sama ada di peringkat negeri mahu pun di pusat.
"Kami akan membawa haluan masing-masing dan tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik.
"Namun kami sepakat masih menyokong padu pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Hamisa Samat yang telah menyertai Parti Warisan Sabah," katanya dalam satu sidang akhbar khas di galeri kediaman Hamisa di sini, hari ini.
Asmadi dalam pada itu berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dan meminta supaya terus menyokong Hamisa.
Asmadi yang mewakili kesemua ahli UMNO yang keluar itu turut menzahirkan sokongan kepada pentadbiran baharu Sabah diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asmadi Suping
#Bahagian Kalabakan
#Barisan Nasional
#BN
#Hamisa Samat
#Kampung Rancangan Kalabakan
#UMNO
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan