awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung?

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
26/01/2023
22:20 MYT
5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung?
Perkara tersebut dikatakan antara agenda yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada Jumaat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL). - Gambar hiasan/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu siri pergolakan politik di Sabah baru-baru ini.
Menurut sumber, perkara tersebut merupakan antara agenda yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada Jumaat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).
"Antara perkara yang dibincangkan esok (hari ini) dalam mesyuarat MKT ialah untuk mengantung keahlian ADUN UMNO Sabah yang telah membelakangkan keputusan parti.
"Shahelmey Yahya, Jasnih Daya, James Ratib, Mohd Arsad Bistari dan Yusof Yacob sudah dalam senarai termasuk nama-nama lain di Semenanjung," kata sumber itu malam tadi.
Tambahnya lagi, keputusan yang bakal dibuat itu turut mengambil kira kelangsungan UMNO dalam persada politik tanah air selain bertujuan untuk membersihkan parti daripada sebarang bentuk pengkhianatan pada masa hadapan.
"Tindakan 5 ADUN ini dilihat sebagai pengkhianatan terbesar kepada parti. Sebelum menarik sokongan, mereka tidak menghadiri mesyuarat perhubungan negeri bersama ketua-ketua bahagian dan ADUN yang lain sebaliknya terus membelakangkan keputusan yang dibuat.
"Pembersihan juga bertujuan memastikan tiada lagi individu yang akan membelakangkan sebarang keputusan parti dan untuk memastikan UMNO mampu bergerak sebagai satu pasukan," tambah sumber itu.
Lima ADUN UMNO Sabah iaitu Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Yusof Yacob (Sindumin) pada 8 Januari mengesahkan sokongan terhadap Hajiji melalui akuan bersumpah (SD) untuk meneruskan pentadbiran beliau selaku Ketua Menteri sehingga tamat penggal.
Perkara tersebut sekali gus dilihat sebagai tindakan membelakangkan keputusan UMNO Sabah yang sebulat suara menarik sokongan terhadap kepimpinan Hajiji yang didakwa tidak selari dengan Fasal 6 (3) dan (7) Perlembagaan Negeri Sabah pada 6 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#Politik Sabah
#Adun Umno
#mesyuarat MKT
#adun digantung keahlian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan