awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Karim dilantik ketua penerangan parti PBB

Bernama
Bernama
18/05/2025
02:50 MYT
Abdul Karim dilantik ketua penerangan parti PBB
Abdul Karim menzahirkan penghargaan kepada pimpinan PBB atas kepercayaan untuk beliau menggalas jawatan itu. - Foto fail/BERNAMA
KUCHING: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk tempoh 2025 hingga 2028.
Pengumuman pelantikan itu dibuat Presiden PBB yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini malam tadi.
Abdul Karim menggantikan Datuk Idris Buang yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi PBB.
Ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan, Abdul Karim menzahirkan penghargaan kepada pimpinan PBB atas kepercayaan untuk beliau menggalas jawatan itu.
"Saya akan bekerjasama dengan Setiausaha Agung dan Presiden parti agar apa-apa kenyataan yang dikeluarkan tidak berbentuk peribadi, tetapi mewakili pandangan PBB," katanya.
Pada 16 Feb lepas, Abdul Karim yang merupakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan parti.
Berdasarkan keputusan diumumkan Pengerusi Pemilihan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Abdul Karim meraih 669 undi sekali gus meletakkan beliau di tempat kelima daripada enam calon bertanding. Hanya empat calon dengan undian tertinggi memenangi jawatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#ketua penerangan
#PBB
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami