awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Khalid jawab surat panggilan Lembaga Disiplin PKR malam ini

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2014
12:24 MYT
Abdul Khalid jawab surat panggilan Lembaga Disiplin PKR malam ini
Surat panggilan Lemaba Disiplin PKR akan dijawab sebelum 10 pagi esok.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjawab surat panggilan Lembaga Disiplin PKR malam ini dan akan mendedahkan butirannya pagi esok, lapor The Malaysian Insider.
Abdul Khalid, yang didesak meletak jawatan oleh partinya sendiri, juga menegaskan keputusan sama ada beliau akan menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR akan dimaklumkan kelak.
"Saya akan menjawab surat mereka. Malam ni apabila selesai program saya akan menjawab. Jawapan itu saya akan beritahu akhbar esok.
"Buat masa ini saya tak nak beritahu jawapan saya kerana jika saya beritahu, mereka tidak dapat jawapan, sudah ada jawapan.
"Saya tak nak beritahu apa yang berlaku sehingga saya jawab surat itu. Surat itu akan dijawab sebelum 10 pagi," Abdul Khalid dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider selepas majlis solat hajat Perdana di sini, hari ini.
Lembaga Disiplin PKR mengarahkan Abdul Khalid untuk memberi keterangan dalam sesi pendengaran, jam 3 petang Jumaat.
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataannya berkata, Abdul Khalid juga diminta memberi penjelasan mengenai lima perkara iaitu penstrukturan air Selangor, elaun baharu Menteri Besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman dengan Bank Islam serta cadangan pembinaan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).
Topic Berkaitan
#DAP
#MB Selangor
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan