awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Bersatu jangan bimbang, kami tak nak jawatan! - Mas Ermieyati

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
29/12/2018
22:03 MYT
Ahli Bersatu jangan bimbang, kami tak nak jawatan! - Mas Ermieyati
Mas Ermieyati berkata anggota sedia ada Bersatu tidak perlu terlalu risau dengan kemasukan bekas pemimpin UMNO ke dalam parti itu. - Gambar fail
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, anggota sedia ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu terlalu risau dengan kemasukan bekas pemimpin UMNO ke dalam parti itu.
Jelas bekas ketua Puteri UMNO itu, arahan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau dan bekas pemimpin UMNO lain tidak diberi jawatan sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu dihormati.
“Itu adalah hasrat Pengerusi yang perlu dihormati. Dan saya rasa, kemasukan saya bukan sebab jawatan.
"Sebab itu, saya jumpa kepimpinan Bersatu Masjid Tanah dan membantu mereka urus tadbir soal kemasyarakatan,” ujarnya kepada media pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 pada Sabtu.
Katanya, kemasukan beliau dan rakan seangkatannya yang lain bukan kerana berkehendakkan sebarang jawatan, sebaliknya ia untuk meneruskan khidmat serta bantuan kepada rakyat.
“Saya pesan kepada Bersatu, jangan risau kemasukan kami, dan saya harap mereka tiada tanggapan salah sebab ramai macam saya. Kami tak nak jawatan sebab yang penting, suara didengari dan lebih baik untuk kawasan saya,” katanya.
Dr Mahathir dalam ucapan dasarnya berkata, Bersatu hanya akan menerima bekas pemimpin UMNO sebagai individu bebas dan jika diterima, mereka tidak boleh memegang jawatan sehingga PRU15.
Topic Berkaitan
#bekas ahli UMNO
#bekas pemimpin
#Bersatu
#jawatan
#khidmat kepada rakyat
#Mahathir Mohamad
#Mas Ermieyati Samsudin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PRU
#PRU15
#Puteri UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan