Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kini dibenarkan untuk membuat ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2016.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia merupakan tradisi asal yang dilakukan parti berbanding tahun sebelum ini.
"Sesiapa yang difikirkan ada perkara untuk membuat penggulungan, ia dibenarkan. Kita balik kepada tradisi biasa, MT yang ada perkara hendak berucap dibenarkan," katanya selepas mesyuarat MT UMNO Khas di Menara Dato Onn di sini, hari ini.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, hanya Presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan ucapan penggulungan.
Sementara itu, ahli MT UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, persiapan untuk Perhimpunan Agung tahun ini berjalan lancar dan tiada sebarang masalah susulan timbul.
"Persiapan kepada perjalanan yang lain biasa sahaja, semuanya lancar dan tidak ada masalah," jelasnya.
Sementara itu, ahli MT UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan, paling penting perhimpunan kali ini dijadikan platform parti memenangi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14.
"Apa yang penting, persidangan ini dijadikan platform untuk kita kukuhkan parti. Ini masa kita buktikan parti dapat selesaikan masalah rakyat, kita bersatu dan pastikan parti jadi pilihan rakyat pada PRU akan datang," ujarnya.
Terdahulu, Datuk Seri Najib melancarkan 'Buku Infografik Pilihan' dan menyampaikan hadiah kepada pemenang laman web UMNO bahagian di lobi Menara Dato Onn.
Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon
Wed Nov 30 2016
ANNUAR: Sesiapa yang difikirkan ada perkara untuk membuat penggulungan, ia dibenarkan.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
PAU2016: Bantuan kewangan RM300,000 untuk bahagian tubuh koperasi - Presiden UMNO
Bantuan itu bagi mewujudkan lebih banyak saluran menjual barangan keperluan pada harga lebih murah kepada rakyat.
Presiden UMNO palu gendang ajak anggota UMNO fokus PRU14
Tumpuan dan fokus hala tuju diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, dan bukannya pada pemilihan parti.
Pasukan petugas pantau gerakan revolusi warna ditubuhkan - TPM Zahid
Pasukan petugas itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
'UMNO akan selesaikan isu berkaitan Felda' - Presiden UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk isu khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
PAU2016: Solidariti UMNO dalam isu Rohingya
Pengumuman kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada Ahad membuktikan UMNO sebuah parti yang berjiwa besar.
Wanita UMNO mahu ubah landskap
Pergerakan itu akan mempersiapkan diri sekiranya hasrat melihat 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang direalisasikan.
Ahli UMNO perlu berkorban dan setia kepada parti - Hishammuddin
Di sebalik tuntutan pengorbanan, UMNO mempunyai tugas dan peranan untuk memenangi hati rakyat, dengan memenuhi keperluan mereka.
PAU2016: Puteri sedia gempur PRU-14
Puteri UMNO menggesa semua pihak bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
PAU2016: 'Wala' UMNO bukan kesetiaan membuta tuli' - Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia bukan konsep kesetiaan membuta tuli kepada presiden dan pimpinan parti.
PAU2016: Wakil parti politik Indonesia 'tegak bulu roma' dengar seruan UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura memandang tinggi UMNO sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu di Malaysia.