awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Maran zahir sokongan kepada Muhyiddin, taat setia kepada Agong

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2021
11:53 MYT
Ahli Parlimen Maran zahir sokongan kepada Muhyiddin, taat setia kepada Agong
Ismail menyatakan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Maran daripada UMNO, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan.
Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan berkata, pendirian tersebut ditunjukkan seperti mana sokongan beliau kepada Perdana Menteri sebelum ini dan kerajaan kerana amanah dan tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau menyatakan sokongan tersebut selepas menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib rakyat dan isu semasa yang melanda negara ketika ini.
"Sesungguhnya patik merafak sembah mohon menyembah taat setia patik yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dari dulu sehingga akhir hayat patik.
"Patik juga akan sentiaa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu selagi nyawa dikandung badan.
"Patik turut menzahirkan sokongan penuh patik kepada Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Malaysia sebagaimana sokongan patik kepada Perdana Menteri sebelum ini dan juga kerajaan," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.
Perdana Menteri berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
Jelas Perdana Menteri lagi, Agong telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.
BACA: PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
Ismail menambah cara pemerintahan Al-Sultan Abdullah memberikan keinsafan kepadanya mengenai tanggungjawab yang dipikul.
Segala sifat Yang di-Pertuan Agong mencerminkan bahawa Baginda seorang Raja yang berdaulat dan bermartabat tinggi, katanya.
"Keprihatinan Tuanku terhadap apa juga isu telah membuatkan rakyat jelata turut terdidik dengan sifat-sifat mulia dan berhemah tinggi," ujar beliau.
Ismail telah berkhidmat selama empat penggal sebagai Ahli Parlimen Maran.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Maran
#Ismail Abd Muttalib sokong Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Sokongan kepada Perikatan Nasional
#Politik Malaysia
#UMNO
#berita hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan