GERIK:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan tipu muslihat untuk menarik ahli-ahli UMNO di Bahagian Larut untuk menyertai parti itu baru-baru ini.
Katanya, tindakan Bersatu di Bahagian Larut itu secara nyata menunjukkan parti itu mencuri ahli-ahli UMNO sebagaimana yang dikatakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini.
"Seperti mana yang disebut oleh Setiausaha Agung Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) iaitu dalam tempoh tiga bulan ini mereka nak mendaftar 8,000 cawangan.
"Itu bukanlah jadi halangan, kerana itu hak parti masing-masing. Cuma yang dipertikaikan ialah, siapakah mereka yang nak jadi ahli Bersatu?
"Di beberapa tempat, memang berlaku (curi ahli UMNO). Ia berlaku di Larut, tempat Setiausaha Agung Bersatu.
"Saya tak pertikai berapa cawangan dia nak buat. Cuma, yang diadu oleh ahli-ahli UMNO Larut ialah, mereka ditawarkan jadi ahli Bersatu.
"Sebahagiannya tak tahu pun bahawa mereka jadi ahli Bersatu, sebab, mereka dijemput untuk hadir majlis lain. Selepas isi borang, atas tipu muslihat, mereka didaftarkan sebagai ahli Bersatu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Dewan Maktab Rendah Sains Mara Gerik, di sini, pada Ahad.
Tegas Saarani lagi, tidak mustahil perkara yang sama berlaku di tempat lain.
BACA: 'Nafi beli, curi ahli UMNO', kenyataan tak cerdik - Nazri Aziz
BACA: Tiada sebab Asyraf Wajdi perlu mohon maaf, beliau ada bukti - Shahril
Katanya lagi, Bersatu seharusnya bersikap lebih 'gentleman' dan tidak menggunakan taktik sedemikian demi kepentingan diri sendiri.
"Ia tidak adil untuk ahli UMNO yang terpedaya. Kami tidak boleh mengambil tindakan (bagi pihak) mereka yang terpedaya kerana tidak rela untuk menjadi ahli Bersatu.
"Semalam saya ada di Larut dan ramai di antara mereka mengadu tidak tahu nama mereka ada di situ.
"Saya nak ingatkan kepada Bersatu, be gentleman lah. Kalau betul dia rasa hebat, tak perlulah curi ahli UMNO. Ramai lagi orang Melayu," katanya.
BACA: Bersatu nafi 'beli' atau 'curi' ahli UMNO, gesa Asyraf Wajdi mohon maaf - Wan Saiful
BACA: Henti segera 'curi', 'beli' ahli UMNO jika mahu terus bekerjasama - Asyraf Wajdi
Sabtu lalu, Pemuda UMNO mendesak Bersatu menghentikan segera sebarang usaha bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Asyraf Wajdi berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat banyak aduan dan keresahan dalam kalangan ahli dan pimpinan UMNO akar umbi seluruh negara yang mendakwa Bersatu galak 'mencuri' dan 'membeli' ahli UMNO.
Aida Aziz
Sun Jan 03 2021

Saarani ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di MRSM Gerik, pada Ahad. - Astro AWANI

AWANI RIngkas: PM selamat tiba di Jeddah untuk lawatan rasmi

COVID-19: Ambil pengajaran daripada setiap pandemik - Bekas KP WHO
Pada fasa ini, kerjasama antarabangsa adalah satu-satunya cara untuk memerangi wabak masa depan.

Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlet pemenang pingat emas Malaysia
Unit diterima tiga atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang.

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Pas kekal komited dengan penyatuan ummah - Takiyuddin
PAS komited dengan pendirian bahawa penyatuan ummah adalah perkara paling penting dalam membentuk kerajaan yang kuat dan stabil, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.

UMNO atau Bersatu? Keputusan Hadi Awang tentu hala tuju Pas - Ilham Centre
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini pemimpin dalam Pas sendiri berselisih pendapat dalam membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.

Kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah tidak tergugat - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama utuh antara parti itu dengan UMNO Sabah tidak tergugat dengan senario politik semasa di Semenanjung.

Ketegangan politik UMNO-Bersatu, PAS kini di 'persimpangan dilema'?
Pas kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan hubungan politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hubungan Pas, UMNO dan Bersatu ibarat 'bermadu' - SU Pas Perak
Apabila berbincang dengan Bersatu, Pas tidak burukkan UMNO. Begitu juga apabila berbincang dengan UMNO, Pas tidak memburukkan Bersatu.

Memahami dinamika UMNO dan Bersatu, apa pula peranan Pas?
Pendirian UMNO yang seakan-akan bermain tarik tali mungkin berpunca daripada fraction atau kelompok terpisah yang bergerak dalam parti.

PRU antara Jun dan Julai? Pendakwaan lebih keras ke atas pemimpin UMNO? - Ini jawapan Hamzah Zainuddin
Benarkah PRU15 akan diadakan sekitar Jun dan Julai? Sejauh mana kebenaran tuduhan hukuman lebih keras ke atas pemimpin kanan UMNO?

Keputusan tolak kerjasama dengan Bersatu tidak dipengaruhi mana-mana individu - Mohamad Hasan
Mohamad berkata, lebih 100 bahagian menggesa supaya UMNO tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan ia bukannya keputusan perseorangan.

UMNO diharap kaji semula keputusan - Azmin
Azmin berkata PN sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin stabil dan kukuh.