SHAH ALAM : UMNO menegaskan penyertaan mana-mana ahli dalam satu pakatan yang tidak dianggotai parti diperincikan dalam Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO.
Fasal itu menerangkan, jika seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) akan gugur keahlian dengan sendirinya.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Lembaga Disiplin UMNO diberikan kuasa penuh dan berkecuali untuk menyiasat, memperhalusi dan mengambil tindakan terhadap kes berkaitan perlanggaran disiplin.
Katanya, menerusi perlembagaan UMNO telah menjelaskan prinsip penting untuk setiap ahli dalam memelihara nama baik dan maruah parti.
“Bukan itu sahaja, ahli juga tidak boleh melakukan apa sahaja tindakan, perlakuan, penulisan mahupun percakapan yang boleh ditafsirkan menyanggahi prinsip ini.
"UMNO mengambil perhatian secara serius sebarang isu perlanggaran disiplin mahupun perlakuan yang boleh dianggap menyalahi peraturan dan menyanggahi perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis menghadiri suatu majlis Perikatan Nasional, bagi pihak Muafakat Nasional yang diterajui bekas pemimpin UMNO dan ahli baharu Pas, Tan Sri Annuar Musa.
Program berkenaan difahamkan bagi menandakan permulaan kepada kempen PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai yang bakal berlangsung pada 9 September ini.
Jelas Asyraf, beliau menyeru ahli-ahli UMNO untuk kekal bersatu dan bersetia dengan wadah yang menjadi induk penting dalam Kerajaan Perpaduan dalam memelihara Islam dan memartabatkan agenda Melayu-Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan UMNO. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 25 2023
Asyraf Wajdi berkata, Lembaga Disiplin UMNO diberikan kuasa penuh dan berkecuali untuk menyiasat, memperhalusi dan mengambil tindakan terhadap kes berkaitan perlanggaran disiplin. - Gambar fail
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.