awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Bashah sudah semakin pulih - Isteri

Bernama
Bernama
18/06/2016
06:20 MYT
Ahmad Bashah sudah semakin pulih - Isteri
Ahmad Bashah (gambar) sudah boleh berjalan menggunakan tongkat selepas menjalani rawatan fisioterapi selain boleh minum sendiri. -Gambar fail
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin sihat dan sudah mula boleh berjalan selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 7 Jun.
Isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad berkata Ahmad Bashah sudah boleh berjalan menggunakan tongkat selepas menjalani rawatan fisioterapi selain boleh minum sendiri dan dijangka akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.
"Beliau kini sudah boleh dipindahkan ke wad biasa, tapi beliau meminta untuk ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk privasi. Ini juga bagi memudahkan proses pemulihan beliau.
"Sepanjang berada di hospital, beliau tidak terlalu memikirkan soal kerja kerana doktor nasihatkan supaya banyak berehat bagi mempercepatkan proses pemulihan.
"Saya minta rakyat dapat terus berdoa supaya beliau cepat sembuh," kata Hizam selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) di sini hari ini.
Beliau berkata pada 22 Jun ini, Ahmad Bashah akan mempengerusikan mesyuarat Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di HPP.
Ahmad Bashah dirawat di Kedah Medical Centre (KMC) pada 4 Jun lalu selepas beliau pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP pada 6 Jun.
Terdahulu, Hizam menyampaikan sumbangan kuih raya sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 300 penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan wakil Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Berucap pada majlis itu, beliau berkata sumbangan kuih-muih itu merupakan penghargaan Bidara terhadap pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan negara pada 1 Syawal nanti.
"Kita berharap sumbangan ini dapat membawa kegembiraan kepada para penerima terutama anggota keselamatan yang perlu bertugas pada bulan Ramadan dan Syawal ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#ICU
#jalani pembedahan
#komplikasi usus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan