awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Pilihan Raya DBKL: Adakah pemilihan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing? - Penganalisis

Ahmad Maslan beri 5 sebab Zahid perlu kekal galas tugas presiden

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
26/10/2018
11:39 MYT
Ahmad Maslan beri 5 sebab Zahid perlu kekal galas tugas presiden
AHMAD: YB Zahid Hamidi wajar terus menggalas amanah sebagai Presiden UMNO. - Gambar fail
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memberi lima sebab mengapa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu kekal sebagai presiden parti.
Menurut beliau, peraturan UMNO yang menggariskan ahli berjawatan tinggi perlu bercuti jika didakwa di mahkamah tidak lagi terpakai apabila UMNO kini menjadi pembangkang.
Katanya lagi, pendakwaan Ahmad Zahid yang berdepan 45 tuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram itu berunsur politik.
"YB Zahid Hamidi wajar terus menggalas amanah sebagai Presiden UMNO," tulisnya, diikuti dengan lima sebab yang disenaraikannya.
YB DS Dr @Zahid_Hamidi wajar terus menggalas amanah sbg Presiden #UMNO: 1. Bercuti itu prosedur ketika kita memerintah 2. Pendakwaan lebih berunsur politik 3. Beliau belum didapati bersalah 4. Proses mahkamah ambil masa tapi bukan setiap hari 5. Perlu bersama dlm susah & senang.
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) October 26, 2018
Beliau berkata demikian susulan daripada cadangan Pemuda UMNO yang menyarankan Ahmad Zahid patut direhatkan sebagai presiden.
Kenyataan Pemuda UMNO itu mengundang pelbagai reaksi dan konflik dalam parti itu sendiri.
BACA: Digesa Pemuda UMNO untuk bercuti: Ini jawapan Zahid...
BACA: Pemuda UMNO gesa Zahid cuti seketika
Tambah Ahmad, Ahmad Zahid juga belum didapati bersalah dan proses mahkamah bagi pendakwaan tersebut mengambil masa dan ia bukan dijalankan setiap hari.
Jelasnya, kepimpinan UMNO juga perlu bersama dalam susah dan senang.
Coretan Ahmad Maslan di Twitter itu turut dikongsi oleh Ahmad Zahid dalam sosial itu.
Topic Berkaitan
#Ahli Majlis Tertinggi UMNO
#Ahmad Maslan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Pemuda UMNO
#Presiden UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.