awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akar umbi bersetuju kepimpinan Ulama - Mursyidul AM PAS

Bernama
Bernama
06/06/2015
00:21 MYT
Akar umbi bersetuju kepimpinan Ulama - Mursyidul AM PAS
HARON DIN : Akhirnya kita lihat pro ulama memenangi sebahagian besar kerusi yang dipertandingkan. Ini maknanya, untuk waktu ini mereka hendakkan supaya ulama itu diperkukuhkan dan memainkan peranan utama dalam menerajui parti - Gambar fail
Kejayaan golongan ulama dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan PAS 2015 semalam, jelas menunjukkan akar umbi parti itu bersetuju dengan kepimpinan kumpulan pro ulama.
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata golongan bawahan dalam parti telah memberi isyarat bahawa mereka mahu kepimpinan pro ulama menggalas amanah dan tanggungjawab, selain setia kepada presiden parti.
"Walaupun sedikit sebanyak berlaku seperti pertentangan antara ulama dan profesional, sebenarnya keadaan itu kerana provokasi dalam masyarakat dan media baharu.
"Tetapi, akhirnya kita lihat ulama memenangi atau pro ulama memenangi sebahagian besar kerusi yang dipertandingkan...ini maknanya, untuk waktu ini mereka hendakkan supaya ulama itu diperkukuhkan dan memainkan peranan utama dalam menerajui parti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Haron berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan besar golongan pro ulama dalam pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015/2017, semalam.
Beliau berkata PAS tidak menyisihkan golongan profesional kerana kumpulan itu juga telah banyak memberi sumbangan dalam perjuangan parti.
Sehubungan itu, beliau berharap golongan tersebut terus memberi kekuatan kepada parti dalam perjuangan politik negara ini.
"Mereka sudah tentu memberi kekuatan kepada parti dan diharap mereka juga tidak menyisihkan diri," katanya.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan PAS yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.
Pada pemilihan itu, Abdul Hadi mengekalkan jawatan presiden dengan memperoleh 928 undi, menewaskan pencabarnya Ahmad Awang yang hanya mendapat 233 undi.
Topic Berkaitan
#Haron Din
#PAS
#ulama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan