awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Rahsia UMNO: Bersatu, parti lain jangan keluar kenyataan tuduhan - Annuar Musa

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/02/2021
03:35 MYT
Akaun Rahsia UMNO: Bersatu, parti lain jangan keluar kenyataan tuduhan - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa parti UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia.
Menurut beliau, sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, itu tiada keputusan sedemikian pernah dibuat.
AKAUN SULIT UMNO?Pemimpin BERSATU atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yg bersifat tuduhan.Ia tidak membawa sebarang kebaikan.Lebih 20 tahun saya sbg ahli MT UMNO.UMNO tidak pernah buat keputusan membuka AKAUN RAHSIA/SULIT..Wallahuaklam..
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 12, 2021
"Akaun sulit UMNO? Pemimpin Bersatu atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan.
"Ini tidak membawa kepada sebarang kebaikan," katanya melalui ciapan akaun Twitter miliknya, pada Jumaat.
Media pada Rabu melaporkan UMNO mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik sejak 1988.
Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta yang dituntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dalam saman pelucutan hak berkaitan 1MDB terhadap OBYU Holdings adalah milik parti itu.
Dalam hujah bertulis Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, pihak pendakwa mendakwa ia kerana sebilangan pemimpin UMNO sendiri menafikan mereka tahu mengenai dana tersebut.
Susulan pendedahan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman menyifatkan perkara itu sebagai pengkhianatan yang jelas terhadap perlembagaan parti dan ahlinya.
Katanya, akaun bank yang tidak diisytiharkan (dan sumbangan politik yang tidak diaudit) jika terbukti berkaitan langsung dengan parti dan kepemimpinan UMNO, ia juga merupakan pelanggaran serius di bawah peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Akaun Rahsia UMNO: PPBM, parti lain jangan keluar kenyataan tuduhan - Annuar Musa
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#PPBM
#Tan Sri Annuar Musa
#UMNO
#1MDB
#majlis tertinggi
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan