awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lufthansa batalkan penerbangan ke AS menjelang ribut musim sejuk
Enam pemain bintang ini berpotensi terlepas aksi Arsenal vs Manchester United
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2026
00:50 MYT
Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya
Asmuni berkata, kejayaan atau kegagalan Musyawarah Nasional bergantung kepada keikhlasan dan konsistensi semua pihak dalam mematuhi persetujuan, bukannya didorong kepentingan politik sempit. - Foto Sinar Harian
IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyuarakan kebimbangan bahawa cadangan Musyawarah Nasional yang diuar-uarkan berisiko gagal sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan keikhlasan serta komitmen yang konsisten daripada semua pihak terlibat.

Ringkasan AI
  • Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyuarakan kebimbangan bahawa cadangan Musyawarah Nasional berisiko gagal tanpa keikhlasan dan komitmen yang konsisten dari semua pihak terlibat, dengan menekankan keutamaan untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan yang stabil.
  • Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi, menegaskan bahawa kejayaan Musyawarah Nasional bergantung kepada keikhlasan semua pihak dalam mematuhi persetujuan yang dicapai, dan bukan untuk kepentingan politik sempit yang boleh menggugat kestabilan politik serta menjejaskan kepentingan rakyat.
  • Asmuni juga mengimbas kegagalan Muafakat Nasional yang disebabkan oleh ketidakkonsistenan dalam rundingan serta menegaskan bahawa Musyawarah Nasional tidak sepatutnya digunakan untuk meminggirkan kaum lain atau membina dominasi satu kaum atau parti tertentu.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, walaupun Amanah menyokong hasrat penyatuan itu, keutamaan utama ketika ini adalah memastikan Kerajaan Perpaduan yang sedia ada terus kekal dan stabil sehingga tamat penggal pentadbiran.
“Kita setuju dengan hasrat perpaduan nasional, tetapi keutamaan kita adalah untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan.
"Musyawarah Nasional itu mesti membawa kepada pengukuhan kerajaan sedia ada, bukan sebaliknya sehingga menggugat kestabilan politik dan akhirnya menjejaskan kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Asmuni berkata, kejayaan atau kegagalan Musyawarah Nasional sangat bergantung kepada keikhlasan dan konsistensi semua pihak dalam mematuhi persetujuan yang dicapai, bukannya didorong kepentingan politik sempit untuk menguatkan kelompok masing-masing.
"Asas persoalannya ialah matlamat sebenar musyawarah itu. Sama ada ia benar-benar untuk kesejahteraan rakyat merentas batas politik atau sekadar strategi mengukuhkan kekuatan parti masing-masing.
"Sejarah membuktikan, apabila tiba musim pilihan raya, komitmen sering berubah dan janji perpaduan gagal dipertahankan,” katanya.
Asmuni mengimbas kegagalan Muafakat Nasional yang menurutnya berpunca daripada ketidakkonsistenan dalam rundingan antara parti, termasuk perbincangan secara bersendirian dengan pihak lain sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan akhirnya membawa kepada perpecahan.
"Sejarah ini menimbulkan kebimbangan bahawa perkara sama akan berulang. Janji untuk mengukuhkan perpaduan akhirnya bertukar menjadi usaha mendominasi politik, menganggap diri sebagai ‘tuan besar’ dan meminggirkan parti lain yang akhirnya membawa kepada perpecahan," katanya.
Dalam masa sama, beliau menegaskan Musyawarah Nasional tidak wajar dijadikan platform untuk meminggirkan kaum lain atau membina dominasi satu kaum atau parti tertentu.
Beliau turut menyatakan keraguan sama ada parti-parti yang memiliki kekuatan besar sanggup berkompromi dengan melepaskan sebahagian kerusi sebagai tanda komitmen terhadap perpaduan.
"Saya menyokong usaha ke arah perpaduan, tetapi kebimbangan saya ialah sejarah yang sama akan berulang.
"Ini bukan soal menolak idea, tetapi realiti pengalaman politik yang telah berlaku berulang kali,” katanya.
Katanya, selagi matlamat akhir lebih tertumpu kepada keuntungan politik berbanding kepentingan rakyat dan negara, usaha Musyawarah Nasional sukar untuk direalisasikan secara berkesan.
Pada 16 Januari, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 memaklumkan bahawa parti itu akan menganjurkan Musyawarah Nasional bagi membicarakan agenda politik umat Melayu dengan melibatkan semua pertubuhan, pakar-pakar, ahli akademik dan profesional Melayu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Asmuni Awi
#Parti Amanah Negara
#Musyawarah Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan