awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah perlu pendekatan baharu kuasai pemikiran Melayu - Mat Sabu

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2019
10:01 MYT
Amanah perlu pendekatan baharu kuasai pemikiran Melayu - Mat Sabu
Mohamad berkata, Amanah perlu bersedia untuk menghadapi serangan isu agama dan kaum ke arah penguasaan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia sekarang dan pada masa depan. - Gambar fail
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyeru seluruh pemimpin dan ahli untuk mengambil perhatian terhadap perkembangan kerjasama UMNO dan Pas.
Mohamad berkata, Amanah perlu membuat pendekatan dan strategi baharu bagi menguasai pemikiran rakyat khususnya orang Melayu dan Islam di negara ini.
"Isu gabungan Umno dan Pas atau 'NO-PAS' yang sebelum ini bermula dalam gelap, kini sudah semakin menjadi realiti.
"Dalam perkembangan terbaharu termasuk Pilihan Raya Kecil Semenyih, hubungan kedua-dua parti ini semakin intim ke arah pembentukan sebuah gabungan politik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau juga menegaskan, Amanah perlu bersedia untuk menghadapi serangan isu agama dan kaum ke arah penguasaan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia sekarang dan pada masa depan.
"Pendekatan Islam Rahmat Untuk Semua atau Rahmatan Lil Alamin perlu lebih menonjol untuk diterjemahkan dengan mengambil kira kewujudan pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
"Bersama Pakatan Harapan, Amanah akan terus berusaha menghadapi politik order baharu ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan