SEPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan calon DAP akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang bakal diadakan kelak.
Menteri Besar Selangor itu berkata beliau difahamkan Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu juga tidak meminta untuk bertanding di kerusi berkenaan, menjadikan pemilihan calon lebih mudah diputuskan oleh pimpinan PH.
"PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
"BN pun tak 'demand', formula PH pun saya rasa tidak berubah. Jadi saya percaya DAP masih akan bertanding di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Jualan NCT Smart Industrial Park di sini hari ini.
Beliau berkata PH akan bekerja sehabis baik untuk mempertahankan kerusi berkenaan bagi meneruskan legasi kepimpinan Lee Kee Hiong serta kesinambungan program pembangunan yang direncana mendiang sejak memenangi kerusi itu pada 2013.
Katanya PH juga tidak akan mengambil mudah cabaran Perikatan Nasional (PN) yang awal-awal lagi menyatakan keyakinan untuk merampas kerusi berkenaan selepas kematian Lee yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal.
Lee, 58, meninggal dunia pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon PN Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan berkaitan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan calon DAP akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang bakal diadakan kelak. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PN ketandusan idea, main isu perkauman - Fahmi
Fahmi minta jentera PN bagi PRK KKB itu supaya menghentikan bermain dengan sentimen perkauman kerana ia ibarat "senjata makan tuan".
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.