awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anda muda? Usah lagi bermenung-menung di muara politik

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
14/04/2018
10:46 MYT
Anda muda? Usah lagi bermenung-menung di muara politik
Program Agenda AWANI Malaysia Memilih akan bersiaran langsung 8.30 malam ini (Sabtu, 14 April 2018) mengupas lebih mendalam berhubung inisiatif ini.
Kehangatan menjelang berlangsungnya 'bapa kepada segala pilihan raya', Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak sunyi dengan suara-suara desakan yang mahu melihat dan merasai ‘kesegaran’ dalam arena politik negara.
Suara desakan itu bukan dibuat-buat dan bukan sekadar cerita tepi parti-parti politik yang bertanding.
Para politikus sedang berdepan gelombang gangguan atau disruption yang menguji keupayaan mereka bersilat dalam era serba tahu. Seni ‘silat’ retorik atau motherhood statement sudah tenggelam dalam naratif yang dipacu algoritma, yang merupakan padang permainan anak muda.
Kita tidak perlu tunggu lama, 28 April Malaysia bakal menyaksikan bakal-bakal Yang Berhormat dan Yang Berkhidmat menyerahkan borang pencalonan pada Hari Penamaan Calon PRU14. Pada hari Sabtu yang sibuk itu, kita akan tahu siapa anak muda yang bakal bersaing dalam medan tempur kempen selama 11 hari.
Perlu Banyak Wang Untuk Berpolitik?
PRU14 ini ada dimensi dan dinamika yang berbeza dan sangat luar biasa. Apa yang kita saksikan sekarang ialah partisipasi secara agresif oleh media, ‘Estet Keempat’ di dalam hierarki sistem kuasa dalam sesebuah negara.
Rakan Sinergi Media Astro AWANI untuk PRU14, Sinar Harian tampil dengan inisiatif yang dipanggil Dana Amanah Sinar Harian Untuk Belia Dalam Politik. Ia memberi tumpuan kepada membantu calon-calon muda merentasi pelbagai parti yang bertanding pada proses demokrasi kali ini.
Objektifnya jelas, mahu penyertaan yang lebih dalam kalangan pemuda-pemudi politik dan sekali gus mengisi citra politik masa depan Malaysia. Lebih segar dan tidak hanya terperangkap dengan naratif politik lama.
Menarik untuk diteliti kerana jarang-jarang sekali media mencetuskan langkah disruptif di luar sempadan penguasaannya iaitu content atau kandungan berita dan isu-isu semasa.
Program Agenda AWANI Malaysia Memilih akan bersiaran langsung 8.30 malam ini (Sabtu, 14 April 2018) mengupas lebih mendalam berhubung inisiatif ini.
Program temubual selama 30 minit akan menampilkan ‘the brain’ di sebalik inisiatif itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Husammuddin Yaacub sendiri akan bercerita panjang mengenainya.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#anak muda
#Astro Awani
#Barisan Nasional
#calon
#Husammuddin Yaacub
#Karangkraf
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan