Skip to main content

Politik

Anthony Loke teruskan Pusat Khidmat DAP Chennah dengan biaya sendiri

SEREMBAN, 22 Julai -- Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berucap ketika membantu calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Temiang berkempen di Temiang, hari ini.  DUN N.12 Temiang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Ho Weng Wah, calon Barisan Nasional (BN) Leaw Kok Chan dan calon BERSATU Fazly Hamid pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Anthony, beliau bersama pasukannya akan meneruskan khidmat kepada penduduk setempat, termasuk mengekalkan kakitangan sepenuh masa di pusat berkenaan. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Meskipun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke terus mengekalkan operasi pusat khidmat di kawasan itu dengan menggunakan biaya peribadinya.

Menurut Anthony, beliau bersama pasukannya akan meneruskan khidmat kepada penduduk setempat, termasuk mengekalkan kakitangan sepenuh masa di pusat berkenaan.

“Masih terdapat keperluan dalam kalangan mereka untuk mendapatkan bantuan kami, khususnya dalam urusan permohonan bantuan (asas) dan bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Seremban selepas mengumumkan pelantikan ADUN Nilai, Arul Kumar sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan hari ini.

Anthony berkata, pusat khidmat berkenaan akan terus beroperasi seperti biasa, namun papan tandanya perlu ditukar memandangkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai ADUN Chennah.

“Jadi papan tanda akan ditukar kepada Pusat Khidmat DAP Chennah. Kita masih mengekalkan khidmat kita atas kapasiti parti dan landasan parti,” katanya.

Anthony yang menjadi ADUN Chennah selama dua penggal tewas kepada calon Barisan Nasional (BN)-MCA, Siow Kong Choon pada PRN Negeri Sembilan, dengan majoriti 688 undi pada 1 Ogos lalu.

Must Watch Video

Advertisement