Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak mengetahui dakwaan wujud akuan bersumpah (SD) yang bertujuan untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report.
Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Saya tidak menerima sebarang maklumat rasmi (berkaitan kesahihan dakwaan itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini pada Rabu.
Pada Selasa, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.
Laporan itu turut mendakwa, ahli Parlimen yang setia kepada UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diminta untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun itu untuk menyokong penangguhan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar sehingga PRU akan datang.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut.
BACA: Bubarkan parlimen jika isu peralihan kuasa gagal muktamad - MPN
Katanya, fokus utama beliau ialah mengenai keperluan memberikan perhatian kepada masalah dihadapi rakyat dan menstabilkan ekonomi Malaysia.
"Rakyat berdepan masalah untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Ini mesti menjadi fokus utama kerajaan yang berkuasa sekarang.
"Saya sendiri secara peribadi telah memaklumkan kepada Perdana Menteri (mengenai pandangan fokus menstabilkan ekonomi dan membantu rakyat).
"Saya menghargai penerimaan pandangan saya bahawa perkara itu sepatutnya menjadi tumpuan sepanjang masa oleh kerajaan," katanya.
Sinar Harian
Wed Feb 12 2020
Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin PH tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
SPRM nafi dakwaan tidak bertindak atas SD Abdul Murad terhadap Anwar
SPRM menafikan dakwaan Dr Mahathir ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam SD bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tak tandatangan SD, politik Sabah tenang-tenang saja - Armizan
Armizan berkata, situasi politik di Sabah berada dalam keadaan tenang dan kerjasama antara parti yang membentuk kerajaan semakin erat.
Anwar enggan lagi layan cubaan sabotaj
Katanya, meskipun terdapat beberapa percubaan di peringkat awal, pentadbiran yang diterajuinya dilihat lebih kukuh dan meyakinkan.
Isu SD: 'Saya tak pernah bermimpi, Anwar mengigau kenapa?' - Hamzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberi tumpuan dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri berbanding menyatakan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
PN nafi kumpul SD jatuhkan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Faizal
Perikatan Nasional menafikan menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Calon PM baharu: 'Setiap minggu PN mengigau, buktikan SD di Parlimen' - Anwar
Pembangkang dicabar untuk membuktikan mereka mempunyai calon Perdana Menteri yang baharu seperti yang didakwa dengan mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) pada sidang Parlimen akan datang.
Pasca PRU15: Kata sepakat sudah dicapai BN - Jalaluddin Alias
Jalaluddin bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada kesemua ahli Parlimen BN telah menandatangani SD untuk menyokong mana-mana calon PM.
RUU tembakau, rokok: Ahli Parlimen disaran tandatangan SD bebas dari pemain industri
Kesemua ahli Parlimen sebaik-baiknya menandatangani akuan bersumpah bahawa mereka tiada kaitan dengan industri tembakau.
Pucuk pimpinan UMNO perlu cari jalan harmonikan semula parti - Annuar Musa
Pucuk pimpinan UMNO perlu mencari jalan untuk mengharmonikan semula parti selepas pendedahan mengenai wujudnya SD daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM.