GOMBAK: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih.

Ahli Parlimen Gombak itu pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

"Saya kira ini merupakan pengkhianatan yang terbesar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

"Ia (pengkhianatan) bukan sahaja kepada partinya sendiri, tetapi juga kepada anggota komponen PH kerana secara sulit menjalankan rundingan dan perbincangan.

"Saya sebagai pegawai telah berkhidmat dengan beliau sekian lama, dan merupakan (bekas) Setiausaha Sulit beliau, saya yakin itu adalah rakaman sahih, yang akan dibuktikan melalui penyiasatan yang akan dilakukan," katanya kepada media di sini hari ini.


Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Anwar nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid

Mohamed Azmin sebelum itu menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan Parlimen Gombak di Masjid Gombak Utara pada Sabtu.

Justeru Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Selangor itu menuntut supaya siasatan segera dijalankan, pada masa sama memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk membela diri.

Malah, beliau berharap kedua-dua pemimpin politik itu bersikap jujur, setidak-tidaknya kepada ahli parti masing-masing.

Audio tular | Kalau betul, apa masalahnya? - Anwar