awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin bongkar punca Pakatan Harapan menang

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2018
20:36 MYT
Azmin bongkar punca Pakatan Harapan menang
Azmin mengakui pengaruh Mahathir terhadap rakyat serta anggota UMNO, selain pengalaman lama dalam kerajaan, menjadi faktor kejayaan Harapan. - Gambar fail
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan faktor kemenangan Pakatan Harapan adalah kecurangan pengurusan kewangan di Putrajaya, skandal 1MDB dan kos sara hidup yang tinggi.
Menurutnya, Pakatan Harapan berjaya meyakinkan rakyat dan beliau gembira kerana penerimaan rakyat dengan dasar parti yang diberikan.
"Mereka (rakyat) telah berikan harapan kepada Harapan untuk mengubah negara kita.
"Kita juga telah memutuskan Harapan dibentuk, dalam tempoh 100 hari, cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dihapuskan," katanya selepas sidang media pengumuman kejayaan Harapan dalam PRU14, di sini, hari ini.
Tambah Azmin, beliau turut mengakui pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap rakyat serta anggota UMNO selain pengalaman lama dalam kerajaan menjadi faktor kejayaan Harapan.
Selain itu, Azmin turut meluahkan rasa syukurnya kepada rakyat Malaysia di atas keputusan bersejarah ini dengan tumpasnya BN dalam PRU14.
"Ini yang dinantikan bahawa rakyat Malaysia setelah sekian lama menantikan perubahan secara keseluruhan bagi memastikan Malaysia ditadbir secara bertanggungjawab," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Azmin Ali
#GST
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#PilihanMalaysia
#PRU14
#Putrajaya
#sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan